Friday, January 4, 2019

What I Did After SPM?


Assalamualaikum w.b.t.

       Saya banyak menerima mesej daripada pelajar lepasan SPM (kebanyakannya dari Twitter) yang bertanyakan tentang apa yang mereka perlu buat sementara menunggu pengumuman keputusan rasmi SPM. Untuk blog kali ini, saya akan menceritakan macam mana saya menggunakan masa lapang selepas SPM. Bagi saya, masa yang ada selepas SPM ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk merancang apa yang hendak dilakukan apabila masuk universiti, cara untuk menjawab soalan interview biasiswa, nak belajar di Malaysia atau di luar negara, nak sambung masuk Tingkatan 6 atau program asasi dan banyak lagi benda yang boleh dilakukan selain marathon tengok drama Korea.

1. Tidur

       Saya tidak menafikan yang tidur itu penting. Apa yang saya buat sebaik sahaja saya habis kertas SPM ialah saya tidur sepuas-puasnya setelah bersengkang mata belajar sehingga lewat malam. Jadi bagi saya, tidur ini ialah satu bentuk ‘reward’ untuk diri sendiri dan tidur itu percuma. Jadi, amat rugi untuk sesiapa yang menghabiskan masa lapang selepas SPM dengan berjaga sehingga tengah malam untuk tengok movie atau lepak dengan kawan-kawan kerana waktu seperti inilah waktu yang terbaik untuk mendapatkan tidur yang mencukupi sebelum anda semua bersengkang mata sekali lagi apabila masuk universiti nanti.

2. Senaraikan biasiswa/pinjaman pendidikan yang ditawarkan di Malaysia atau luar negara

       Memandangkan ibu dan bapa saya tidak mempunyai ‘cable’ di peringkat atasan, saya mengambil inisiatif sendiri dengan mencari biasiswa-biasiswa yang ada di Malaysia sama ada untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia atau di luar negara. Saya mengkaji syarat-syarat biasiswa yang ditawarkan contohnya biasiswa untuk bidang apa, kelayakan keputusan SPM (subjek wajib yang perlu dapat A atau A+), ada ‘bond’ dengan pemberi bisiswa atau tidak (perlu bekerja dengan syarikat tertentu atau bebas untuk bekerja di mana-mana). Pinjaman pendidikan ialah perkara terakhir yang saya senaraikan kerana bagi saya pada waktu itu, saya fokus untuk bebas hutang dan tidak membebankan ibu bapa saya selepas habis belajar.

3. Membuat ‘research’ untuk bidang yang diminati serta universiti-universiti di Malaysia

       Secara jujurnya, walaupun sekarang saya bekerja sebagai jurutera dan ‘graduate’ dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor atau pakar bedah. Selepas SPM, saya banyak menonton dokumentari mengenai kerjaya dalam bidang perubatan di televisyen, saya mencari artikel yang ditulis oleh doktor-doktor di Malaysia mengenai realiti kerjaya doktor, saya mencari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, malah saya juga banyak menonton drama Korea yang melibatkan kerjaya doktor.

       Namun begitu, setelah saya fikir masak-masak dan berbincang dengan orang di sekeliling saya, saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di Jepun dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Alhamdulillah Allah menempatkan saya di tempat yang terbaik. Sebelum saya menerima tawaran biasiswa ke Jepun, saya ada buat ‘research’ mengenai biasiwa luar negara ke Jerman kerana saya merupakan pelajar bahasa Jerman di sekolah menengah selama 5 tahun. Setelah saya membuat perbandingan antara Jepun dan Jerman, saya memilih untuk ke Jepun.


4. Practice for Interview

       Saya banyak menghabiskan masa di hadapan cermin dengan berlatih menjawab soalan-soalan ‘interview’ sambil melihat reaksi muka sendiri. Saya seorang yang suka mengerutkan dahi apabila bercakap walaupun ketika bergurau. Jadi, untuk mengurangkan kerutan dahi dan untuk nampak lebih ‘relax’, saya selalu berlatih menjawab soalan ‘interview’ di hadapan cermin seorang diri. Latihan ini penting kerana bukan biasiswa sahaja yang ada ‘interview’, ketika hendak memohon ‘part time job’ atau kerja juga ada ‘interview’. Dengan masa yang lapang ini, banyakkan mencari tips-tips untuk menjawab soalan asas ‘interview’ seperti cara untuk memperkenalkan diri, cara untuk menceritakan kekuatan diri dan kelemahan diri supaya nampak lebih professional, dan sebagainya.
  
       Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan selepas SPM selain 4 perkara di atas. Saya hanya menyenaraikan perkara yang saya rasa perlu buat sebelum masuk ke dunia universiti. Anda boleh masuk kelas memandu, buat ‘part time job’, belajar bahasa baru, belajar main alat muzik, tetapi yang paling penting sekali ialah banyak luangkan masa dengan keluarga. Oleh kerana saya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), selepas SPM, ibu dan bapa saya tidak membenarkan saya membuat ‘part time job’ kerana mereka mahu saya luangkan lebih masa dengan mereka. Ibu dan bapa saya jugalah yang selalu menghantar saya ke sana ke sini untuk ‘interview’ biasiswa. Apa-apa pun, banyakkan berdoa semoga mendapat keputusan yang terbaik untuk SPM nanti. All the best!

No comments:

Post a Comment

My Grandmother’s Wish

        After my mother, the next strong woman that I know closely in my life is my grandmother and I call her as ‘Tok’. I still remember ...