Thursday, December 24, 2015

Kehebatan Firaun, Kemurkaan Allah

Assalamualaikum.......

       Alhamdulillah hari ni Mal bersyukur sangat sebab dapat jalan2 keliling Tokyo sempena Winter Holiday. Asalnya Mal nak pergi satu Art Museum kat Roppongi Hills, tapi perancangan Allah yang lebih baik kan, kebetulan pula dekat situ ada pameran Firaun. Mal pun berkesempatan untuk belajar serba sedikit sejarah Firaun yang sememangnya terkenal dalam al-Quran dan juga kehebatan Piramid yang dibina oleh mereka. Empayar Firaun yang terletak di Mesir ni bertahan selama 1000 tahun, dikuasai oleh 30 dinasti, seramai 300 orang Maharaja Firaun yang pernah ditabalkan tetapi hanya 50 orang Maharaja Firaun sahaja yang betul2 hebat untuk membina binaan Piramid yang masih lagi kita boleh lihat sekarang.

       First thing yang Mal kagum dengan Maharaja Firaun ni kan, diorang ni sememangnya mempunyai bakat kepimpinan dan kebijaksanaan dalam pemerintahan. Kenapa Mal cakap macam tu? Cuba kaji sejarah pembinaan Piramid. Siapa sebenarnya yang menjadi buruh untuk membina Piramid tu? Hamba? Salah. Dalam pemerintahan Firaun, tidak wujud sistem hamba. Pekerja binaan Piramid pada zaman tersebut ialah para petani dan rakyat jelata dibayar gaji untuk membina Piramid tersebut. Malah, untuk membina Piramid tersebut, para pekerja ni telah dibahagi kepada beberapa tugas supaya kerja pembinaan dapat berjalan dengan lancar dan kebajikan pekerja juga terjaga. Contohnya, ada yang bertugas untuk membuat roti sebagai bekalan para pekerja, ada yang menyediakan air atau bir untuk menghilangkan rasa haus para pekerja itu, dan banyak lagi. 

       Lagi satu kenapa para pekerja Firaun ni sanggup berpenat lelah untuk membuat Piramid ni? Banyak sangat ke gaji yang diorang dapat? Oleh kerana para pekerja ni terlalu percaya dengan Maharaja Firaun yang mengakui dirinya sebagai Tuhan, mereka percaya bahawa dengan bersama-sama membina Piramid untuk Maharaja Firaun, selepas mati nanti, mereka akan dapat mengikut Maharaja Firaun ni ke tempat yang lebih baik di alam ghaib. Maksudnya kat sini, Maharaja Firaun ni bukan sahaja bijak dalam menguruskan para pekerjanya, malah bijak dalam bermain kata2 untuk meyakinkan mereka yang dirinya ialah Tuhan. 

       Kedua, kalau nak membandingkan masyarakat yang hidup dalam zaman Firaun dengan masyarakat Arab Jahiliyah, wanita hidup pada zaman Firaun sangat dipandang tinggi. Mal bagi contoh kat sini, dalam urusan rumah tangga, suami bertanggungjawab untuk keluar pergi kerja sementara isteri akan duduk di rumah menguruskan hal rumah dan menjadi ketua dalam rumah tersebut. Apabila si suami pulang ke rumah, dia mesti patuh dan taat kepada arahan isteri yang menjadi ketua dalam rumah tersebut. Lagi satu contoh, kalau ada lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang, isteri yang melahirkan anak yang sulung perlu diberi penghormatan oleh isteri-isteri yang lain malah dari suami tersebut.

       Sebab tu golongan wanita zaman Firaun ni hebat2 belaka. Siapa yang tak kenal Cleopatra? Mal ada la dengar beberapa cerita pasal Cleopatra ni tapi tak berani nak tulis kat sini sebab tak pasti sahih ke tak. Bab perhiasan dan barang kemas yang dipakai oleh golongan wanita zaman Firaun ni kan, ada sama cantik dengan barang kemas yang ada sekarang. Maksudnya, teknologi untuk membuat barang kemas pada zaman tu memang dah maju jauh ke hadapan seiring dengan kehebatan golongan wanita pada zaman itu.

       Ketiga, sehebat mana pun Firaun, Allah Maha Hebat tapi Firaun ni bongkak, sombong dan takbur. Berani untuk mengakui diri sendiri sebagai Tuhan sedangkan Allah yang memberi kehebatan tersebut dan boleh menarik balik kehebatan tersebut bila2 masa sahaja. Ahli sejarawan Barat pula terlalu mengagungkan sangat orang2 Firaun. Sebagai orang Islam, kita kena sedar kenapa Allah masih mengekalkan artifak, mayat dan segala peninggalan Maharaja Firaun ni sebagai pengajaran kepada kita yang ada tertulis dalam al-Quran sendiri. Kita boleh belajar sejarah Firaun ni tapi ambil yang baik, buang yang syirik. Mal nak letak gambar kat sini tapi dalam pameran tu, tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. ごめんね...

Saturday, September 12, 2015

Fasa Baru di Bumi Sakura

Assalamualaikum.......


       Mal rasa excited sangat sebab ini adalah post yang pertama sejak Mal sampai Jepun. YEAY!!! so, untuk post kali ni Mal takkan cakap pasal politik, tapi Mal nak cerita la serba sedikit pengalaman waktu mula-mula menghirup udara, menjejakkan kaki di bumi Sakura ni. Kita start dari KLIA okay tak? From KLIA, Mal naik MAS Airline iaitu MH 088 selama 8 jam dan mendarat di Lapang Terbang Narita, Tokyo. Waktu tu Jepun dalam penghujung musim sejuk dan nak masuk musim bunga. Suhu waktu tu tak ingat la tapi keluar je dari airport, mulut terus keluar asap. Mal tak hisap vape tau jangan tuduh bukan2.

       Then, kitorang naik bas menuju ke Seminar House kat Hachioji. That place was very beautiful. Seriously. Kitorang stay for a week kat sana sementara nak settle pasal dokumen untuk masuk universiti and try to adapt with Japan`s environment. Waktu ni tak mencabar lagi sebab baru orientasi. Cuma terkejut dengan toilet and cuaca yang sejuk waktu tu. Toilet kat sini ada banyak butang macam dalam gambar kat bawah ni. Memang terkial-kial waktu mula2 guna dulu. Tapi yang best pasal toilet ni, lantai dalam toilet sentiasa kering sebab air tak mengalir keluar dari mangkuk tandas. 


       Seterusnya, keretapi. Mal suka sangat2 naik keretapi kat Jepun. Before fly, pernah la berangan nak ambil lesen memandu kat sini tapi sekarang, train is my favourite transport. Train yang paling biasa pun kelajuannya sama dengan kelajuan train ETS kat Malaysia. Jarak setiap stesen keretapi dalam 2 km and masa dari satu stesen ke stesen yang lain dengan menaiki keretapi dalam 1-2 minit. Ikut tempat la. Train kat sini memang menepati masa. Sebab tu kalau ada kemalangan atau orang bunuh diri kat landasan keretapi kat sini, semua benda akan tertunda. Pernah sekali waktu final exam sem 1, exam terpaksa ditunda 1 jam sebab train delay disebabkan ada orang bunuh diri kat landasan keretapi. OMG! bunuh diri la kat tempat lain!!!

       Next, sampah. Pengurusan sampah kat sini sistematik tapi waktu mula2 sampai dulu, memang rasa leceh. Kat rumah ada 3 tong sampah, satu untuk plastik, kertas dan sampah yang lain-lain. Kat sini, sampah dibuang ikut hari dan jenis. Contohnya, hari Isnin buang kertas, hari Selasa buang barangan yang dibuat daripada plastik dan seterusnya. Kat sini juga, kat setiap produk yang diperbuat dari pada plastik, akan ada cop macam gambar kat bawah ni. Dengan adanya cop ni, mudah la untuk mengasingkan sampah untuk dibuang. Siapa yang belajar bahasa Jepun faham la kan? Malas la nak translate hehe. Kan best kalau kat Malaysia pon ada sistem macam ni.


       Then, orang Jepun sememangnya sangat peramah dan bersopan santun. Kadang2 tu sampai tak larat nak tunduk and cakap `sumimasen` . Pernah sekali Mal pergi beli baju kat satu butik yang mahal ni sebab waktu tu tengah sale, so harga yang mahal pun jadi murah. Memandangkan Mal ni memegang prinsip ukur baju di badan sendiri, Mal pun beli la sehelai baju yang paling murah sekali dalam butik yang mahal tu sepadan dengan duit yang Mal ada sebab Mal teringin sangat nak pakai baju tu. Lepas bayar kat cashier, pekerja kat kedai tu iring Mal sampai Mal keluar dari butik tu. Padahal baju yang Mal beli takda la mahal mana tapi layanan yang diorang beri memang top. Bukan butik tu sahaja, pergi la mana2 kedai kat sini, layanan kedai Jepun memang terbaik.

       Last but not least, benda yang paling Mal risau sebelum sampai la dah duduk kat Jepun ni, gempa bumi atau dalam bahasa Jepun `jishin`. Mula2 rasa jishin kat sini, takda la kuat mana tapi takut la jugak. Pernah sekali berlaku satu jishin yang kuat waktu tu Mal ada kelas Math. Tengah2 sibuk buat latihan Math yang sensei bagi, tiba2 rasa kerusi and meja Mal bergoyang. Waktu tu, tak terfikir langsung ada jishin, apa yang Mal fikir orang belakang Mal yang sepak2 kerus and meja Mal sampai bergoyang. Baru nak sound orang kat belakang, phone pun berbunyi. Lupa nak beritahu, telefon kat Jepun akan berbunyi 10 saat sebelum berlakunya bencana alam seperti gempa bumi dan tanah runtuh. Satu kelas phone berbunyi, tapi orang Jepun ni nampak rilek sangat. Alhamdulillah sebab takda benda yang buruk terjadi. 

       Walaupun belum lagi sampai setahun belajar kat bumi Sakura ni, banyak sangat perkara yang diajar dalam Islam tetapi diamalkan oleh orang yang bukan Islam kat sini. Islamic culture in non-Islamic country. My advice is kepada sesiapa yang teringin, bakal dan sedang berada di Jepun, ambil banyak2 benda yang baik2 dan amalkan kat Malaysia so that orang kat sana pun akan dapat manfaatnya. Tun Mahathir kan pernah cakap, kalau setakat nak belajar engineering, kat mana2 negara boleh belajar. Tapi kenapa dihantar ke Jepun, sebab Tun nak kita belajar etika kerja dan adap sopan yang kita sendiri kena akui kita tak mengamalkan pun walaupun kita mendabik dada bangga sebagai seorang Muslim. じゃ、またね。


Wednesday, March 11, 2015

Jihad atau Kuasa

Assalamualaikum...

       Kali ini, Mal ada topik menarik untuk ditulis. Kenapa? Sebab apa yang bakal Mal ceritakan nanti akan membuatkan kita terfikir macam ni "Pahal doe diorang ni? Nak berjihad pon jangan la kejam sangat!" ataupun "Kalau nak berjihad sangat. kenapa tak serang je Israel yang dah lebih 60 tahun menjajah Palestin tu..". Itu pun kalau korang berfikir macam tu sebab itu la yang Mal fikir. Apa kata biar Mal tulis dulu lepas tu rasa-rasanya korang boleh tau kot Mal tujukan tulisan ni kat apa.

       Abu Bakar al-Baghdadi, yang juga diberi gelaran Syekh Syabah atau Syekh Hantu memberi khutbah Jumaat di masjid Kota Mosul dengan mendeklarasikan berdirinya Negara Iraq dan Syria serta melantik dirinya sendiri sebagai Khalifah dan sekaligus amirul mukminin pada 29 Jun 2014. Kemudian, di Damsyik, pada 10 Mac 2015, kerajaan yang dipimpin oleh al-Baghdadi ini telah melaksanakan hukum Hudud dengan memotong tangan seorang pencuri dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan cecair pembersih untuk mengelakkan tangan suspek dijangkiti kuman.

       Mungkin kalau Mal siarkan apa yang Mal tulis kat atas tu kat semua artikel di setiap surat khabar yang ada di Malaysia dan juga laman web, mesti ramai orang Islam di luar sana mula merasa seolah-olah Islam sudah hampir mencapai kemenangan dan mengangkat al-Baghdadi sebagai 'Hero' Islam. Tetapi, "don't judge a story by its summarization". Di sebalik kisah di atas, sebenarnya tersimpan fakta dan cerita yang lebih kejam dan menakutkan malah kerajaan tersebut tidak mendapat pengiktirafan oleh mana-mana Ulama Islam di seluruh dunia. Pelik kan? katanya mendirikan negara Islam tetapi tidak diiktiraf oleh cendekiawan dan Ulama Islam sendiri.


       Media Arab memanggil 'pejuang-pejuang' di bawah pimpinan al-Baghdadi ini sebagai Da'isy. Kemudian, organisasi ini mendeklarasikan berdirinya sebuah negara dengan nama ad-Daulah al-Islamiyah fi al-Iraq wa asy-Syam (Negara Islam di Iraq dan Syria). Di Syria, pada awalnya para 'pejuang' Da'isy ini bersepakat dengan kelompok-kelompok pembangkang untuk melawan rejim Presiden Bashar Assad yang merupakan penganut Syiah Alawi. Tetapi, lama-kelamaan, mereka juga turut memerangi kelompok-kelompok Sunni yang tidak mahu mengikut mereka. Persoalannya di sini, kalau betul mereka berjuang untuk menegakkan semula maruah ahli Sunnah wal Jamaah, kenapa perlu menggunakan kekerasan juga kepada ahli Sunni yang tidak mahu mengikut mereka? Islam tidak pernah mengajar unsur paksaan kepada umatnya.


       Seterusnya, para 'pejuang' ini juga tanpa segan silu mengusir dan membunuh golongan minoriti seperti Yazidi dan Kristen yang telah ribuan tahun mendiami wilayah Sinjar, Irak Utara. Berpuluh-puluh anak-anak lelaki ditanam hidup-hidup. Fatwa al-Azhar, "Apa yang mereka lakukan tidak pernah diajar langsung dalam Islam. Perbuatan mereka yang sanggup membunuh, menjarah dan mengusir orang lain dari tempat tinggalnya juga bertentangan dengan Islam kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.". Itulah sebabnya para ulama di Timur Tengah iaitu Syeikh al-Azhar, Syeikh Yusuf Qardhawi, dan ulama Arab Saudi telah menfatwakan 'pejuang-pejuang' ini bukan berjuang untuk Islam.


       Menurut ulama terkemuka Lubnan, Sheikh Ahmad Amurah, khalifah atau amirul mukminin adalah orang yang mewakili Nabi Muhammad dalam menjaga agama dan memakmurkan kehidupan dunia. Atas dasar ini, seorang khalifah dipilih berdasarkan mesyuarat Lembaga Ahlu al-Hilli wa al-'Aqdi (perwakilan rakyat) atau lembaga ahli dan kemudian menawarkannya kepada para ulama dan para tokoh yang berpengaruh serta rakyat dalam suatu referendum. Tetapi al-Baghdadi mendeklarasikan dirinya sendiri sebagai khalifah dan meminta atau lebih tepat lagi memaksa orang lain untuk berbaiat kepadanya.


       Kerajaan pimpinan Al-Baghdadi memperoleh kekuasaan dengan cara memerangi kelompok-kelompok lain, bahkan dengan kelompok yang turut sama berjihad. Adakah boleh perbuatan ini disebut sebagai jihad fi sabilillah padahal orang yang mereka perangi adalah sesama muslim. Mereka turut membunuh golongan minoriti non-muslim di Iraq yang tidak bersenjata dan juga tidak melawan. Adakah itu sebenarnya akhlak seorang Muslim? Bukankah Islam merupakan agama yang merahmati seluruh dunia termasuk melindungi golongan yang lemah meskipun non-muslim? Itulah sebenarnya akhlak pejuang ISIS.

My Grandmother’s Wish

        After my mother, the next strong woman that I know closely in my life is my grandmother and I call her as ‘Tok’. I still remember ...