Assalamualaikum.......
Alhamdulillah hari ni Mal bersyukur sangat sebab dapat jalan2 keliling Tokyo sempena Winter Holiday. Asalnya Mal nak pergi satu Art Museum kat Roppongi Hills, tapi perancangan Allah yang lebih baik kan, kebetulan pula dekat situ ada pameran Firaun. Mal pun berkesempatan untuk belajar serba sedikit sejarah Firaun yang sememangnya terkenal dalam al-Quran dan juga kehebatan Piramid yang dibina oleh mereka. Empayar Firaun yang terletak di Mesir ni bertahan selama 1000 tahun, dikuasai oleh 30 dinasti, seramai 300 orang Maharaja Firaun yang pernah ditabalkan tetapi hanya 50 orang Maharaja Firaun sahaja yang betul2 hebat untuk membina binaan Piramid yang masih lagi kita boleh lihat sekarang.
First thing yang Mal kagum dengan Maharaja Firaun ni kan, diorang ni sememangnya mempunyai bakat kepimpinan dan kebijaksanaan dalam pemerintahan. Kenapa Mal cakap macam tu? Cuba kaji sejarah pembinaan Piramid. Siapa sebenarnya yang menjadi buruh untuk membina Piramid tu? Hamba? Salah. Dalam pemerintahan Firaun, tidak wujud sistem hamba. Pekerja binaan Piramid pada zaman tersebut ialah para petani dan rakyat jelata dibayar gaji untuk membina Piramid tersebut. Malah, untuk membina Piramid tersebut, para pekerja ni telah dibahagi kepada beberapa tugas supaya kerja pembinaan dapat berjalan dengan lancar dan kebajikan pekerja juga terjaga. Contohnya, ada yang bertugas untuk membuat roti sebagai bekalan para pekerja, ada yang menyediakan air atau bir untuk menghilangkan rasa haus para pekerja itu, dan banyak lagi.
Lagi satu kenapa para pekerja Firaun ni sanggup berpenat lelah untuk membuat Piramid ni? Banyak sangat ke gaji yang diorang dapat? Oleh kerana para pekerja ni terlalu percaya dengan Maharaja Firaun yang mengakui dirinya sebagai Tuhan, mereka percaya bahawa dengan bersama-sama membina Piramid untuk Maharaja Firaun, selepas mati nanti, mereka akan dapat mengikut Maharaja Firaun ni ke tempat yang lebih baik di alam ghaib. Maksudnya kat sini, Maharaja Firaun ni bukan sahaja bijak dalam menguruskan para pekerjanya, malah bijak dalam bermain kata2 untuk meyakinkan mereka yang dirinya ialah Tuhan.
Kedua, kalau nak membandingkan masyarakat yang hidup dalam zaman Firaun dengan masyarakat Arab Jahiliyah, wanita hidup pada zaman Firaun sangat dipandang tinggi. Mal bagi contoh kat sini, dalam urusan rumah tangga, suami bertanggungjawab untuk keluar pergi kerja sementara isteri akan duduk di rumah menguruskan hal rumah dan menjadi ketua dalam rumah tersebut. Apabila si suami pulang ke rumah, dia mesti patuh dan taat kepada arahan isteri yang menjadi ketua dalam rumah tersebut. Lagi satu contoh, kalau ada lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang, isteri yang melahirkan anak yang sulung perlu diberi penghormatan oleh isteri-isteri yang lain malah dari suami tersebut.
Sebab tu golongan wanita zaman Firaun ni hebat2 belaka. Siapa yang tak kenal Cleopatra? Mal ada la dengar beberapa cerita pasal Cleopatra ni tapi tak berani nak tulis kat sini sebab tak pasti sahih ke tak. Bab perhiasan dan barang kemas yang dipakai oleh golongan wanita zaman Firaun ni kan, ada sama cantik dengan barang kemas yang ada sekarang. Maksudnya, teknologi untuk membuat barang kemas pada zaman tu memang dah maju jauh ke hadapan seiring dengan kehebatan golongan wanita pada zaman itu.
Ketiga, sehebat mana pun Firaun, Allah Maha Hebat tapi Firaun ni bongkak, sombong dan takbur. Berani untuk mengakui diri sendiri sebagai Tuhan sedangkan Allah yang memberi kehebatan tersebut dan boleh menarik balik kehebatan tersebut bila2 masa sahaja. Ahli sejarawan Barat pula terlalu mengagungkan sangat orang2 Firaun. Sebagai orang Islam, kita kena sedar kenapa Allah masih mengekalkan artifak, mayat dan segala peninggalan Maharaja Firaun ni sebagai pengajaran kepada kita yang ada tertulis dalam al-Quran sendiri. Kita boleh belajar sejarah Firaun ni tapi ambil yang baik, buang yang syirik. Mal nak letak gambar kat sini tapi dalam pameran tu, tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. ごめんね...
No comments:
Post a Comment