Kebelakangan ini, sudah ramai pihak yang mula membuka mata dan menyedari akan kekejaman Israel terhadap saudara Islam kita di Palestin. Sebenarnya, boikot ini ada sejarahnya. Nak tahu? Tak nak sudah pergi tengok blog orang lain, Mal tak paksa tapi rugila. Jadi, ceritanya begini. Selepas bersara dari tentera pada tahun 1873, Kapten Charles Cunningham Boycott menjadi pengurus ladang Earl of Erne di Country Mayo, Ireland. Tugasnya adalah menentukan kadar sewa tanah, memasarkan hasil pertanian dan menjaga kebajikan para petani di kawasan tersebut tersebut tetapi Boycott tidak menjalankan tugas seperti yang sepatutnya. Amalannya itu membuatkan petani-petani membencinya.
Mendapat tahu reaksi petani-petani, Boycott bukan sahaja menaikkan kadar sewa bahkan merampas semua hasil pertanian jika ada yang menangguh-nangguhkan sewa. Keadaan tersebut membuatkan semua petani bersetuju untuk mewujudkan persatuan menentang tindak-tanduk Boycott. Pada 1880, satu memorandum dihantar untuk mendesak Boycott membenarkan mereka sendiri menentukan kadar sewa tanah yang dikerjakan tetapi Boycott menolak mentah-mentah cadangan tersebut sambil berkata "aku pengurus di sini, aku tahu apa yang aku lakukan, kamu hanya hamba belaka." Petani-petani merasa terhina dan menjerit-jerit namanya bahkan mengutuk dengan kata-kata lucah.
Petani-petani berjumpa dengan setiap orang yang berurusan dengan Boycott dan mendesak mereka supaya menolak untuk bekerja di ladang-ladang di bawah jagaannya. Akhirnya, Earl terpaksa memecat Boycott, kemudian seluruh ahli keluarganya dipinggirkan. Hari ini di serata dunia, perkataan boikot digunakan secara meluas bagi menggambarkan rasa marah atau benci terhadap sesuatu. Sikap Charles Cunningham Boycott yang angkuh, kejam, tidak bertimbang rasa dan enggan bertolak ansur, menambah perbendaharaan kata kepada banyak bahasa di dunia ini.
Sebagai muslim, memboikot barangan musuh dengan bersungguh-sungguh adalah antara cara bagi membantu saudara kita yang tertindas. Kita tidak boleh membantu musuh menyerang saudara kita di sana dengan membeli barang dagangan mereka. Kita wajib menguatkan saudara mujahidin kita yang berjuang mempertahankan bumi Palestin. Antara caranya ialah dengan memboikot barangan musuh. Barangan buatan Amerika sama seperti barangan buatan Israel. Amerika yang wujud pada hari ini adalah Israel kedua. Golongan Yahudi itu berseronok dan bertemasya menggunakan duit yang kita sumbangkan melalui pembelian barangan mereka.
Korang mesti tahu kan Amerika sudah lama menyumbang duit kepada Israel untuk membeli senjata, harta dan segala peralatan yang mereka perlukan. Tetapi umat Islam tetap tidak bangkit mempertahankan hak saudara mereka kerana terlindung dengan hijab yang menyebabkan mereka bersifat berat sebelah. Kita mengatakan tidak kepada Amerika Syarikat dan barangan mereka tetapi hakikatnya, kita menggunakan barangan buatan mereka. Saidina Ali R.A. menyebut, "Tiga musuh kamu; musuh kamu, sahabat musuh kamu, sahabat kepada sahabat musuh kamu." Amerika bukan sahaja sahabat Israel, bahkan lebih daripada itu. Umat Islam yang berada di seluruh dunia pada hari ini mencecah hampir tiga million mampu bergabung bagi memboikot barangan buatan Amerika.
Pada zaman moden kini, kita dapat melihat ramai yang menggunakan senjata pemboikotan bagi mengalahkan penjajah. Mahatma Ghandi menggunakan cara boikot bagi menyelamatkan bangsa beliau daripada penjajahan Inggeris sehingga mereka bebas daripada cengkaman penjajahan Inggeris. Boikot adalah senjata yang ada di tangan sesuatu bangsa dan masyarakat. Kita perlu menggunakan senjata itu untuk bertempur dan mempertahankan umat kita. Umat ini tidak hancur dan tidak lenyap dengan izin Allah S.W.T. Boikot bukan bertujuan menyekat kemajuan ekonomi sahaja. Boikot menunjukkan rasa persaudaraan dan kesatuan kita sesama umat Islam.
Sekiranya anak-anak diajar daripada kecil untuk tidak menggunakan barangan boikot, mereka pasti terdidik dalam suasana yang elok. Apabila dewasa, mereka mencontohi ibu bapa dalam mempertahankan kesucian bumi Palestin. Oleh itu, semua orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan semua umat manusia hendaklah bersatu. Kita perlu membantu orang-orang yang lemah daripada golongan lelaki dan wanita, kanak-kanak, serta orang tua di bumi Palestin. Setiap detik, pasti ada kes pembunuhan yang berlaku. Kepada semua cerdik pandai, golongan pemikir, dan ulama di setiap negara hendaklah menubuhkan satu badan bagi memboikot barangan Israel supaya pemulauan bangsa Yahudi akan berjaya. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment