Berdasarkan tajuk di atas, apa yang bakal saya tulis merupakan kisah benar yang pernah berlaku kepada saya tahun lepas dan kes jenayah ini melibatkan orang Jepun. Kes jenayah ini pula berlaku di alam maya. Okay, saya stress setiap kali fikir pasal ini walaupun kes ini dah selesai. Pada mulanya saya hanya menceritakan kes ini kepada beberapa orang sahaja, tetapi apabila semakin ramai yang mengalami perkara yang sama, saya akan menceritakan kes ini dari awal sampai akhir.
Cerita ini bermula pada bulan Februari 2017 selepas saya siapkan thesis. Saya pulang ke Malaysia selama sebulan sementara menunggu hari graduasi pada bulan Mac 2017 di universiti saya di Jepun. Saya membawa sekali buku-buku bank serta kad-kad bank Jepun setiap kali pulang ke Malaysia. Pada suatu hari, saya mendapat email dari pihak bank yang saya ada membuat pemindahan wang berjumlah 50,000 Yen. Kemudian, saya mendapat email yang sama sekali lagi dengan jumlah wang yang sama. Ini bermaksud saya ada buat pemindahan wang sebanyak 100, 000 Yen pada hari yang sama.
Saya mula rasa tidak sedap hati dan menghantar mesej kepada rakan saya sekiranya pihak universiti atau agensi rumah sewa kami ada membuat pemindahan wang dari bank kami memandangkan pada waktu itu kami dalam proses permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah Master di universiti yang sama serta dalam proses untuk berpindah keluar dari rumah sewa kami. Rakan saya kata tiada dan sekiranya ada, dia akan dimaklumkan hal tersebut atau pemindahan wang juga akan berlaku pada akaunnya. Kemudian, saya tanya pula pada senior-senior saya di Jepun dan mereka menasihati saya untuk telefon bank di Jepun dan meminta mereka block kad debit saya.
Setelah saya menelefon pihak bank di Jepun, saya membuka website bank tersebut untuk mengetahui aliran duit saya yang hilang tersebut. Saya mendapati duit tersebut dipindahkan ke satu website online shopping di Jepun. Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya berada di Jepun, saya hanya pernah shopping secara online di 2 website ini sahaja, Amazon dan Baticrom. Sekiranya saya ingin membeli pakaian atau kasut, saya sanggup meredah naik keretapi walaupun pada waktu rush hour untuk membeli-belah di mana-mana shopping mall yang ada sale 50% dan ke atas.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan dari pihak bank di Jepun mengenai duit saya yang hilang itu. Staff bank tersebut memberitahu ada orang Jepun bernama Dounichi Yasumi (bukan nama sebenar) yang membuat pemindahan wang saya ke akaun website online shopping tersebut. Staff bank tersebut menanyakan kepada saya sekiranya saya kenal atau ada sebarang hubungan dengan orang Jepun itu. Memandangkan saya tidak mempunyai ramai kawan orang Jepun yang mampu dibilang dengan jari, Dounichi Yasumi (bukan nama sebenar) tidak termasuk dalam senarai kawan orang Jepun saya. Jadi, saya memberitahu staff tersebut saya tidak pernah tahu dan kenal nama yang disebutkan. Kemudian, staff bank itu menasihati saya untuk membuat laporan polis bagi memudahkan urusan untuk mendapatkan duit saya semula memandangkan hal ini sudah dikira kes jenayah.
Seminggu kemudian, saya pulang ke Jepun dan bertemu dengan senior saya untuk membincangkan perkara ini. Senior saya membantu saya untuk membuat laporan polis dan sewaktu saya berada di balai polis, saya di bawa masuk ke bilik soal siasat dan ditanya beberapa soalan seperti ini:

- Sewaktu pemindahan wang itu berlaku, saya berada di mana?
- Adakah kad atau buku bank saya pernah hilang?
- Sewaktu pemindahan wang itu berlaku, adakah kad atau buku bank saya ada bersama saya atau disimpan di tempat lain?
- Adakah saya pernah menggunakan free wifi di tempat awam?
- Sekiranya saya pernah menggunakan free wifi di tempat awam, di manakah tempat terakhir saya menggunakan free wifi sebelum berlakunya pemindahan wang itu?
Untuk soalan no 1, saya berada di Malaysia. Kemudian, saya tidak pernah menghilangkan kad atau buku bank saya. Untuk soalan seterusnya, saya sentiasa memastikan kad atau buku bank saya berada dengan saya walaupun saya berada di luar negara Jepun. Untuk soalan no 4 dan 5, saya pernah dan selalu menggunakan free wifi. Secara jujurnya, saya tidak ingat tempat terakhir saya menggunakan free wifi. Inilah kesilapan terbesar yang pernah saya buat seumur hidup. Pegawai polis yang menyoal siasat saya memberitahu bahawa kes seperti saya sering berlaku dan kebarangkalian untuk mengesan orang yang melakukan pemindahan wang tersebut agak sukar kerana saya menggunakan free wifi.
Selepas itu, saya mengisi borang aduan mengenai kes duit saya yang hilang ini beserta nama pegawai polis yang terlibat dan menghantar borang tersebut ke pihak bank. Alhamdulillah, 3 bulan kemudian saya mendapat semula duit saya yang hilang dengan jumlah yang sama. Apa yang terjadi kepada orang Jepun yang bernama Dounichi Yasumi (bukan nama sebenar)? Wallahualam. sehingga sekarang saya tidak mendapat sebarang laporan daripada pihak polis mengenai orang yang mengambil duit saya itu. Saya hanya mendapat duit saya yang hilang sahaja.
Pengajarannya di sini, benda yang percuma pasti ada 'harganya' yang perlu dibayar. Tak salah untuk menggunakan free wifi di tempat awam tetapi jangan membuat sebarang pemindahan wang secara online dengan free wifi tersebut. Or you will end up like me.
No comments:
Post a Comment