Friday, March 4, 2016

韓国 South Korea , Ada Apa Dengan Korea?

Assalamualaikum......


     Alhamdulillah, Mal berkesempatan untuk melancong for the first time on my own with my partner, Miss Fatin in Korea!!! Walaupun dah habis melancong, sampai sekarang Mal masih tak percaya yang Mal sudah pun menjejakkan kaki ke bumi K-Pop and K-Drama. Mal tak pergi banyak tempat, just around Seoul and Nami Island. Mal tak pergi Busan and Pulau Jeju sebab Mal takda duit hehe. Anyway, we traveled from 13th February until 21 February. Mal nak ucap terima kasih banyak2 kepada kawan sekolah Mal, Azzira yang sanggup menumpangkan Mal dan Fatin tidur kat rumah diorang. 


       Ini gambar yang kitorang ambil sambil makan "chukkumi" yang amat pedas. Azzira and her housemate, Farhanis ni study kat Inha University dekat sangat dengan rumah diorang. Tapi, yela hidup tak selalunya indah. Actually, first day Mal sampai Korea, Mal kena tipu dengan pakcik teksi yang kitorang naik dari Inceon Airport ke rumah Azzira. Harga teksi sepatutnya lebih kurang 15 000 Won tapi pakcik tu suruh bayar 55 000 Won. Banyak kan kena tipu? Mal tak mampu nak buat apa2 and redha jela. Semoga pakcik teksi tu diberi Hidayah... So, nasihat Mal kat sini, kalau nak naik teksi dekat airport di Korea, naik teksi dekat tempat teksi. Jangan layan mana2 pakcik yang melilau cari pelanggan sebab nanti diorang charge lebih daripada harga biasa.


       Gambar ni Mal tangkap sambil mengayuh di Gangchon Rail Park. Mal dengan Fatin ambil 2 seaters dengan harga 25 000 Won. Tempat ni dekat dengan Gangchon Station. Memandangkan Mal nak merasa suasana luar bandar, this is the best place. Kitorang mengayuh dalam suhu -5 darjah celcius sejauh 6 km. Tapi tak penat sangat pun sebab tempat ni banyak turun bukit, kalau tak mengayuh pun benda tu (Mal tak tau nak panggil kenderaan ni apa sebab bukan basikal tapi boleh dikayuh) still boleh gerak. Gangchon Station dekat je dengan Gapyeong Station, station ke Nami Island.



       Ni pulak gambar di Nami Island, tempat yang popular dengan drama Winter Sonata. Sekarang ni, Nami Island dah ada surau and restoran halal. Surau tu sangat selesa dan cantik. Tempat ni sangat cantik untuk tangkap gambar pemandangan dan sculpture yang unik. Untuk ke Nami Island, turun di Gapyeong Station, then naik bas ke tempat untuk naik feri ke pulau tersebut. Teksi dari station ke tempat feri pun ada. Don`t worry, confirm tak sesat. InshaAllah.......



       Ni bukan Mr. Obama yang betul tau, ni patung lilin je. Gambar ni pula dekat Grevein Wax Museum. Entrance fee tempat ni sebanyak 23 000 Won tapi Mal beli online di Seoul Pass, so Mal cuma bayar 15 000 Won je. Kalau nak ke tempat ni, turun di Euljiro 1-ga Station, Exit 1. Museum ni betul2 berhadapan dengan Lotte Duty Free tapi walaupun duty free, barang2 semua branded so still tak mampu nak shopping kat situ.



       Gambar ni pula dekat Trick Eye Museum di Hongik University Station, Exit 9. Tempat ni memang best tapi sesiapa yang pernah pergi muzium yang macam ni di Malaysia, tak datang pun takpa. Mal tak pernah pergi 3D muzium kat Malaysia sebab tu la Mal pergi tempat ni. Tempat ni sekali dengan Ice Museum. Entrance fee tempat ni 15 000 Won tapi Mal beli via Seoul Pass, so Mal cuma bayar 12 000 Won je.


       Nama tempat ni ialah Gyeongbokgung Palace. Mal suka pergi muzium. Sebab tu kalau Mal bercuti kat mana2 tempat pun, Mal kena pergi muzium kat tempat tu. Kalau tak, Mal rasa percutian Mal sia2. Kat Jepun sekalipun, Mal dah pergi banyak muzium. Gyeongbokgung Palace siap dibina pada tahun 1395, iaitu tiga tahun selepas penubuhan Joseon Dynasty oleh Yi Seong-gye. This palace was name Gyeongbokgung, "the Palace Greatly Blessed by Heaven". Sebahagian besar bangunan di Gyeongbokgung Palace ni telah dibakar dan dimusnahkan oleh tentera Jepun. Kerajaan Korea telah mula untuk membina semula Gyeongbokgung Palace ni sejak tahun 1990.  






       Ni pulak Masjid Itaewon. Masjid ni memang besar and nak pergi ke masjid ni sememangnya memerlukan mujahadah yang tinggi. Naik bukit turun bukit, naik tangga turun tangga baru boleh sampai. Masjid ni terletak di atas bukit so pemandangan dari masjid ni memang cantik. Ada banyak restoran halal di Itaewon especially restoran makanan Turki. Orang Turki ni kat mana2 pelusuk dunia diorang buka masjid and restoran halal. Kat Jepun pun banyak orang Turki. Baguskan diorang...



       Welcome to Everland!!! Amusement park yang keempat terbesar di dunia. Mal panggil tempat ni syurga dunia. Uniform pekerja kat tempat ni memang menarik, permainan pun best and tempat ni memang sangat besar. Mal main seharian kat tempat ni pun tak sempat nak main semua permainan sebab terlalu banyak and nak beratur tuk main satu permainan pun take time juga. So, please go to this place if you have chance. Entrance fee tempat ni ialah 48 000 Won. Kalau nak ke tempat ni, turun di Jeondae Everland Station, kat situ disediakan free shuttle bas ke Everland. 



       So, inilah serba sedikit yang Mal boleh bercerita mengenai pengalaman Mal bercuti di negara orang. Setiap tempat ada perkara yang baik dan tidak baik. Sepanjang perjalanan di Korea, Mal banyak belajar daripada orang2 Korea dan budaya diorang. InshaAllah kalau ada rezeki lagi, Mal nak pergi lagi ke Korea. Tapi, Malaysia and Jepun always become the best countries in my heart. Saranghae..

No comments:

Post a Comment

My Grandmother’s Wish

        After my mother, the next strong woman that I know closely in my life is my grandmother and I call her as ‘Tok’. I still remember ...