Assalamualaikum.......
Untuk tajuk post kali ni, Mal letak tanda '#' ni pulak. Haha. Sebab kan sekarang trend '#belikebill', '#jadimacamrashid' dan sebagainya. Mal tak tau la pulak kenapa mesti Bill or Rashid tapi agak2 kan kenapa Fateh? Sebelum Mal jawab, Mal ada soalan dengan 2 pilihan jawapan.
Andaikata dalam satu pilihan raya, ada 2 orang calon Perdana Menteri yang perlu diundi untuk menentukan siapakah yang bakal memikul amanah untuk memandu negara, siapakah yang akan anda undi?
1. Seorang pemimpin yang warak tetapi kurang pengalaman dalam pentadbiran atau politik.
2. Seorang pemimpin yang berpuluh tahun mempunyai pengalaman dalam pentadbiran atau politik tetapi kurang warak.
Memandangkan undi adalah rahsia, tak perlu beritahu pada Mal cuma fikirkan sahaja.
Agak2 kan, Mal pilih siapa? Sebelum Mal beritahu jawapan, kita flashback balik peribadi Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Kota Constantinople. Banyak songeh pulak Mal ni kan, jawap jela. ごめんなさい... Who is he? Why he is so famous? Actually, the right question is, how can he was so young when he conquered Constantinople? He was only 21 years old when he conquered Constantinople. Di manakah kita pada usia 21 tahun? Well, I'm still 21 years old and what am I doing? I'm sitting on my cozy futon at 6.22 am in front of the heater when writing this post while listening to IKIM.fm.
Sultan Muhammad al-Fateh ialah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera ni memang takdak dah sekarang. Mungkin ada raja yang baik, tapi tidak mempunyai tentera yang baik atau sebaliknya. Sultan Muhammad al-Fateh menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin). Kalau Mal, Mal mampu untuk bertutur dalam bahasa Melaya, Inggeris dan Jepun. Mal mampu untuk membaca bahasa Arab tetapi baca jela, masih belum mampu untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab. Mal pernah belajar bahasa Jerman waktu sekolah menengah dulu, tetapi dah hampir 4 tahun tak pernah guna so faham2 je la ek. Kfine, Sultan Muhammad al-Fateh hebat lagi.
Baginda juga menghafal 30 Juzu' al-Quran, mempelajari hadis2, ilmu Fekah, Matematik, ilmu Falak dan strategi perang. Mal ialah seorang pelajar Mechanical Engineering, ada belajar Hadis dalam usrah, ada menghafal ayat2 al-Quran tapi tak sampai 30 or 29 or 28 or 1 kot. Mal tak pernah belajar strategi perang sebab tak termasuk dalam subjek kat universiti tapi Mal suka baca sejarah peperangan yang berlaku dalam kerajaan Islam. Tapi baca jela pasal perang tu takdak la sampai ambil exam ke apa kan. Kfine, Sultan Muhammad al-Fateh hebat lagi. 負けた...
Apakah rahsia di sebalik kejayaan Baginda sampai pada usia 21 tahun, Baginda berjaya menakluk kota Constantinople yang mengakibatkan jatuhnya Empayar Byzantine? Can you imagine that? Jawapannya ialah Baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. uissh deep... What can you learn from here is sebelum Baginda membuat persiapan ketenteraan untuk menakluk sebuah kota, Baginda mantapkan dulu persiapan iman sebab Bgainda faham, betul2 faham yang apabila seseorang hamba menjaga hubunganya dengan Allah dengan sebaik-baik jagaan, Allah akan memberi kejayaan kepada hambaNya dengan sebaik-baik kejayaan.
Tak percaya lagi, korang kenal tak Usamah bin Zaid? Usamah bin Zaid ialah anak kepada Ummu Aiman iaitu pengasuh Rasulullah SAW sewaktu Baginda kecil. Usamah menyertai perang buat pertama kali pada usia 15 tahun iaitu perang Khandaq. Fifteen years old, not fifty years old. Mal pulak tengah pulun PMR waktu umur 15 tahun. Nak pegang pen buat exam penulisan pun tak larat, ini kan pulak nak angkat pedang. uissh deep lagi... Pada usia 18 tahun, Rasulullah melatik Usamah menjadi Panglima Perang dalam peperangan menentang empayar Rom. (kalau ada silap dalam mana2 fakta sejarah kat sini, habaq tau).
Kenapa Mal tiba2 ungkit kisah 2 orang remaja yang hebat ni sebab Mal nak clearkan balik perspektif orang ramai especially orang Malaysia dalam pemilihan pemimpin memandangkan pilihan raya bakal tiba dan Mal pun dah layak untuk mengundi. Umat Islam adalah umat Wasatiyyah iaitu umat yang seimbang amalannya di dunia dan di akhirat. Dalam al-Quran sendiri, Allah ajar hamba2Nya macam mana tuk menjadi khalifah di muka bumi dengan syiar Islam. Dalam al-Quran sendiri, ada ilmu pasal perkahwinan, ilmu Sains, ilmu Ekonomi pasal hutang dan jual beli. It means, if you learn al-Quran, you actually learn about leadership (khalifah) and 'abid. You learn how to balance your life in this world and for the akhirat. Sebab tu, seorang pemimpin yang mahu menjadikan hidupnya dan kehidupan rakyatnya menjadi lebih baik, dia perlu memahami ajaran al-Quran and as-Sunna as these sources have all the answers.
Sebagai seorang rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita kena ingat kuasa memilih di tangan kita. So, amat penting sebenarnya untuk kita memilih pemimpin yang menjaga agama Allah sebab kalau seseorang pemimpin mengabaikan hak Allah, tidak mustahil untuk beliau mengabaikan hak rakyat. Usia tidak menentukan kematangan seseorang. Kalau umur dah 60 tahun, tapi solat macam budak umur 6 tahun, matang ke tu? So agak2 jawapan Mal yang mana?
Sebagai seorang rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita kena ingat kuasa memilih di tangan kita. So, amat penting sebenarnya untuk kita memilih pemimpin yang menjaga agama Allah sebab kalau seseorang pemimpin mengabaikan hak Allah, tidak mustahil untuk beliau mengabaikan hak rakyat. Usia tidak menentukan kematangan seseorang. Kalau umur dah 60 tahun, tapi solat macam budak umur 6 tahun, matang ke tu? So agak2 jawapan Mal yang mana?
No comments:
Post a Comment