Thursday, February 11, 2016

Malina & Mina

Assalamualaikum.......

       Once Prophet Muhammad SAW was asked, "What person can be the best friend?". "He who helps you remember Allah SWT, and reminds you when you forget Him," the Prophet Muhammad SAW, counseled.

       Sebelum Mal join usrah, bagi Mal perkataan "best friend" tu bermaksud apabila sahabat yang sentiasa bersama Mal ketika susah dan senang, berkongsi minat yang sama, bergossip sampai tengah malam, teman Mal shopping and so on. Bila Mal jumpa my ideal "best friend", Mal buat semua benda di atas dengan dia and for some time, it was the most happiest moment in my life. Pada suatu hari, "best friend" Mal rasa geram dengan seorang guru di sekolah and dia mencarut dekat guru tersebut, di hadapan Mal bukan di hadapan guru tu. Bagi Mal, seorang perempuan tidak sepatutnya mencarut sebab in the future, perempuan tersebut akan menjadi seorang ibu and possibility untuk dia mencarut dekat anak dia bila dia marah amat tinggi. So, Mal tegur "best friend" Mal and said it was rude to say something like that especially to a teacher. Tapi Mal kena marah balik.

      Since then, she did not want to talk and see me. She also had found her new best friend. Lepas peristiwa tu, Mal dah tawar hati and Mal fikir lebih baik Mal kawan dengan semua orang yang buat baik dengan Mal tapi jangan sampai ke tahap "best friend". Bila Mal join usrah, Mal belajar banyak sirah pasal kisah sahabat Rasulullah and layanan Rasulullah terhadap sahabat Baginda. Rasulullah bukan sekadar berkawan, malah mendidik dan menegur para sahabat sekiranya para sahabat membuat kesilapan. Mal belajar untuk mencari erti sebenar "best friend" dalam sirah Rasulullah and macam mana Mal boleh amalkan dalam kehidupan seharian.


       Dalam banyak2 kawan Mal yang join usrah, ada seorang hamba Allah ni nama dia Mina. Mal tak cakap kawan2 usrah Mal yang lain tak baik tapi Mina banyak membantu Mal from being a zero to a hero. 




       Ni ialah gambar waktu Mal dengan Mina menang tempat kedua dalam pertandingan sajak. Actually, kitorang practice untuk prtandingan sajak ni 2 jam sebelum pertandingan sebab Mina sibuk menjaga mak dia yang sakit so kitorang memang tawakal sangat dalam pertandingan ni. Alhamdulillah, walaupun last minute practice, Mina sangat bersemangat and dia cakap kat Mal, "walaupun ada masa 2 jam je lagi, kita kena buat yang betul2 and sentiasa bersemangat sehingga akhir pertandingan". Mak Mina meninggal dunia pada awal September 2015 tapi sikap Mina masih lagi sama, sentiasa bersemangat dan mengajak orang lain untuk sentiasa bersemangat meneruskan kehidupan.


       Mal akui yang Mal bukanlah pelajar yang pandai tapi Mina memang seorang yang rajin dan pandai. Setiap kali Mal rasa stress dan penat belajar, Mal mesti pergi bilik Mina sebab Mal rasa bersemangat untuk belajar bila Mal tengok Mina belajar. Mina seorang yang pandai mengurus masa and Mal banyak belajar daripada Mina dalam pengurusan masa. Waktu Mal mula2 masuk program JAD, Mal antara top 3 pelajar yang tercorot dalam kelas sampai kena panggil dengan lecturer. Allah pertemukan Mal dengan Mina and Mina banyak sangat tolong Mal dalam study. Mina support Mal from C grade-student sampai A+ grade-student yang melayakkan Mal untuk dapat anugerah Dekan. Setiap semester, Mina selalu dapat anugerah Dekan. Waktu first time Mal dapat anugerah Dekan, Mina cakap kat Mal, "Tahniah Amal, すごく頑張ったね~. ". 


       Mina sekarang belajar kat Ritsumeikan University, Osaka. Tapi, Mina ada datang ke Tokyo and bermalam selama seminggu kat rumah Mal. Gambar ni kitorang tangkap dekat Masjid Camii, Yoyogiuehara. Dalam masa seminggu, Mina banyak bercerita and share masalah kat Mal. Mal nampak yang Mina menjadi semakin kuat. Untuk menceriakan Mina, Mal sambut birthday Mina kat sini, bawak Mina makan kat restoran yang sedap and marathon movie Harry Potter as Mina is a big fan of Harry Potter. Mina suka membaca and sebab kenapa Mina datang Tokyo ialah untuk membeli buku yang tak dijual di Osaka. 

       Bila Mal jatuh, Mina tolong untuk bangunkan Mal. Bila Mal sedih, Mina tolong ceriakan Mal. Bila Mal buat silap, Mina betulkan Mal and tegur kesilapan Mal. Bila Mina nampak Mal macam lalai, Mina ingatkan Mal supaya banyak ingat kat Allah and mengadu padaNya. She is not a perfect person and so do I. She is not the best friend I ever have but she always give the best advice and help me as she can. Walaupun Mina jauh di Osaka, my prayer is always be with you. Mina sekarang bukan sekadar kakak, malah ibu kepada adik2 Mina. InshaAllah, setiap kesulitan pasti ada kebahagiaan. May Allah bless you always...

Saturday, February 6, 2016

#jadimacamfateh

Assalamualaikum.......

       Untuk tajuk post kali ni, Mal letak tanda '#' ni pulak. Haha. Sebab kan sekarang trend '#belikebill', '#jadimacamrashid' dan sebagainya. Mal tak tau la pulak kenapa mesti Bill or Rashid tapi agak2 kan kenapa Fateh? Sebelum Mal jawab, Mal ada soalan dengan 2 pilihan jawapan.

Andaikata dalam satu pilihan raya, ada 2 orang calon Perdana Menteri yang perlu diundi untuk menentukan siapakah yang bakal memikul amanah untuk memandu negara, siapakah yang akan anda undi?
1. Seorang pemimpin yang warak tetapi kurang pengalaman dalam pentadbiran atau politik.
2. Seorang pemimpin yang berpuluh tahun mempunyai pengalaman dalam pentadbiran atau politik tetapi kurang warak.

Memandangkan undi adalah rahsia, tak perlu beritahu pada Mal cuma fikirkan sahaja.

       Agak2 kan, Mal pilih siapa? Sebelum Mal beritahu jawapan, kita flashback balik peribadi Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Kota Constantinople. Banyak songeh pulak Mal ni kan, jawap jela. ごめんなさい... Who is he? Why he is so famous? Actually, the right question is, how can he was so young when he conquered Constantinople? He was only 21 years old when he conquered Constantinople. Di manakah kita pada usia 21 tahun? Well, I'm still 21 years old and what am I doing? I'm sitting on my cozy futon at 6.22 am in front of the heater when writing this post while listening to IKIM.fm. 

       Sultan Muhammad al-Fateh ialah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera ni memang takdak dah sekarang. Mungkin ada raja yang baik, tapi tidak mempunyai tentera yang baik atau sebaliknya. Sultan Muhammad al-Fateh menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin). Kalau Mal, Mal mampu untuk bertutur dalam bahasa Melaya, Inggeris dan Jepun. Mal mampu untuk membaca bahasa Arab tetapi baca jela, masih belum mampu untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab. Mal pernah belajar bahasa Jerman waktu sekolah menengah dulu, tetapi dah hampir 4 tahun tak pernah guna so faham2 je la ek. Kfine, Sultan Muhammad al-Fateh hebat lagi.

       Baginda juga menghafal 30 Juzu' al-Quran, mempelajari hadis2, ilmu Fekah, Matematik, ilmu Falak dan strategi perang. Mal ialah seorang pelajar Mechanical Engineering, ada belajar Hadis dalam usrah, ada menghafal ayat2 al-Quran tapi tak sampai 30 or 29 or 28 or 1 kot. Mal tak pernah belajar strategi perang sebab tak termasuk dalam subjek kat universiti tapi Mal suka baca sejarah peperangan yang berlaku dalam kerajaan Islam. Tapi baca jela pasal perang tu takdak la sampai ambil exam ke apa kan. Kfine, Sultan Muhammad al-Fateh hebat lagi. 負けた...

       Apakah rahsia di sebalik kejayaan Baginda sampai pada usia 21 tahun, Baginda berjaya menakluk kota Constantinople yang mengakibatkan jatuhnya Empayar Byzantine? Can you imagine that? Jawapannya ialah Baginda tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. uissh deep... What can you learn from here is sebelum Baginda membuat persiapan ketenteraan untuk menakluk sebuah kota, Baginda mantapkan dulu persiapan iman sebab Bgainda faham, betul2 faham yang apabila seseorang hamba menjaga hubunganya dengan Allah dengan sebaik-baik jagaan, Allah akan memberi kejayaan kepada hambaNya dengan sebaik-baik kejayaan.

       Tak percaya lagi, korang kenal tak Usamah bin Zaid? Usamah bin Zaid ialah anak kepada Ummu Aiman iaitu pengasuh Rasulullah SAW sewaktu Baginda kecil. Usamah menyertai perang buat pertama kali pada usia 15 tahun iaitu perang Khandaq. Fifteen years old, not fifty years old. Mal pulak tengah pulun PMR waktu umur 15 tahun. Nak pegang pen buat exam penulisan pun tak larat, ini kan pulak nak angkat pedang. uissh deep lagi... Pada usia 18 tahun, Rasulullah melatik Usamah menjadi Panglima Perang dalam peperangan menentang empayar Rom. (kalau ada silap dalam mana2 fakta sejarah kat sini, habaq tau).

       Kenapa Mal tiba2 ungkit kisah 2 orang remaja yang hebat ni sebab Mal nak clearkan balik perspektif orang ramai especially orang Malaysia dalam pemilihan pemimpin memandangkan pilihan raya bakal tiba dan Mal pun dah layak untuk mengundi. Umat Islam adalah umat Wasatiyyah iaitu umat yang seimbang amalannya di dunia dan di akhirat. Dalam al-Quran sendiri, Allah ajar hamba2Nya macam mana tuk menjadi khalifah di muka bumi dengan syiar Islam. Dalam al-Quran sendiri, ada ilmu pasal perkahwinan, ilmu Sains, ilmu Ekonomi pasal hutang dan jual beli. It means, if you learn al-Quran, you actually learn about leadership (khalifah) and 'abid. You learn how to balance your life in this world and for the akhirat. Sebab tu, seorang pemimpin yang mahu menjadikan hidupnya dan kehidupan rakyatnya menjadi lebih baik, dia perlu memahami ajaran al-Quran and as-Sunna as these sources have all the answers. 

       Sebagai seorang rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kita kena ingat kuasa memilih di tangan kita. So, amat penting sebenarnya untuk kita memilih pemimpin yang menjaga agama Allah sebab kalau seseorang pemimpin mengabaikan hak Allah, tidak mustahil untuk beliau mengabaikan hak rakyat. Usia tidak menentukan kematangan seseorang. Kalau umur dah 60 tahun, tapi solat macam budak umur 6 tahun, matang ke tu? So agak2 jawapan Mal yang mana?

      

Monday, February 1, 2016

World Hijab Day 2016

Assalamualaikum...


       Mal is back!!! Alhamdulillah dapat juga peluang untuk tulis balik selepas habis final exam. Hari ni Mal macam nak tulis panjang sikit daripada biasa. So, please get prepare yourself. Daripada tajuk dah boleh agak kan apa yang Mal nak cerita kali ni. Pada 31 Januari 2016, Mal berpeluang untuk menyertai satu event yang diadakan di Tokyo Camii & Turkish Culture Center, Tokyo. Untuk sesiapa yang berhajat tuk datang ke Jepun nanti, please go to this mosque. Sepanjang Mal berada di Jepun, inilah masjid yang paling cantik sekali Mal pernah pergi. Enough with the mosque, kita kembali ke pangkal jalan.

       Hijab ni apa? Tudung? Shawl? Pandangan? Apa yang dapat Mal pelajari mengenai Hijab daripada program yang diadakan di masjid ni ialah... Mal tulis dalam English ek sebab penceramah tu cakap dalam bahasa Inggeris.

"Hijab is Worship/Deed, Protection, Modesty and Manner."

       Why Hijab is defined as Worship/Deed? Kepada pembaca yang memakai Hijab sekarang, cuba tanya diri sendiri. Kenapa anda berhijab? Sebab trend or cuba untuk nampak baik depan orang lain? Pemakaian Hijab adalah simbol kepada kepatuhan terhadap Allah SWT bagi golongan wanita Muslim kerana Hijab bukan satu pilihan, tetapi satu kewajipan. How about Protection? Adakah anda berasa selamat bila memakai Hijab? Dengan berhijab, kita akan dapat melindungi diri kita daripada pandangan liar yang menakutkan dan fitnah aurat kita. Next, Modesty. Hijab bukan setakat mampu menjaga kehormatan diri kita, malah kehormatan keluarga, masyarakat dan agama. Untuk point Modesty ni, Mal nak kaitkan dengan point yang terakhir iaitu Manner. Apabila kita bercakap pasal Muslimah yang berhijab, kita membayangkan seorang wanita yang menutup aurat bercakap dengan suara tidak menggoda, bersopan santun dan tahu menjaga ikhtilat. Ini adalah Manner yang sepatutnya ada dalam diri setiap Muslimah yang berhijab. Orang lain yang melihat wanita berhijab akan automatically, takut, hormat dan segan untuk membuat perkara yang tidak senonoh atau bercakap sesuka hati sebab diorang sendiri hormat akan wanita yang berhijab ni. Mal minta maaf kalau penjelasan ni tidak dapat memuaskan hati pembaca sekalian tapi Mal harap korang boleh faham dengan maksud Hijab tu sendiri. 

       Apabila kita berhijab, kita kena ada ciri2 positif so that orang lain terutama sekali yang non-muslim akan dapat menerima dan memahami kenapa perlu berhijab.

The positive thinking of Hijab :
1. Confidence 自分自身
2. Respect 尊敬
3. Identity アイデンティティ
4. Moral  倫理

       Confidence. Sebagai seorang Muslimah, Hijab memberi kita peluang untuk 'berlagak' kepada orang non-Muslim. Bukannya berlagak alim tapi berlagak kerana hanya agama Islam sahaja yang menyuruh kaum Muslimah untuk memakai Hijab. In other words, dengan melihat orang yang berhijab, orang lain dah boleh tau kita ni agama apa? So, we should be proud as a Muslimah, don't we? Next is Respect. Apabila kita berasa confidence memakai Hijab, kita akan dihormati oleh orang sekeliling. I know there are some people yang akan pandang pelik kat orang yang berhijab especially di Jepun. But, trust me. I have been in Japan for almost one year and I got many positive responses about my Hijab compared to negative responses. Mal ingat lagi bila ada orang Jepun pernah cakap macam ni kat Mal "Bagus la awak Amalina. Walaupun duduk di Jepun, awak masih lagi ikut peraturan Islam dengan memakai tudung. Saya ada kawan perempuan Muslim tetapi saya tak pernah nampak dia pakai tudung". See, mungkin pemakaian Hijab nampak pelik tetapi kalau kita memakai kerana agam Islam itu sendiri, orang sekeliling kita akan "Respect" sebab diorang sendiri tak ada pakaian tuk menunjukkan agama diorang. Kawan Mal pernah cakap "Kalau kita rasa malu sebab orang luar tengok kita pelik dengan berhijab, itu tandanya kita la orang yang paling cantik sekali kat situ. Sebab, ada banyak benda yang cantik di sekeliling mereka, tetapi mereka tetap ingin melihat kita". So, just be positive okay?
       
       Then, Identity. Macam Mal cakap tadi, pemakaian Hijab adalah identiti bagi seorang Muslimah. So, don't be shy, show off your religion to other people. Let them know how much you are proud to be a Muslimah. Last but not least, Moral. Hijab bukan sekadar pemakaian tudung labuh menutup aurat semata-mata, Hijab juga adalah simbol bagi Moral seseorang muslimah. Sebab itu, seorang Muslimah yang berhijab perlu untuk menajaga tingkah laku, menjaga ikhtilat dan bukan menjaga aurat semata-mata.

       Berikut merupakan antara maksud di sebalik Hijab yang Mal belajar sepanjang berada di program World Hijab Day 2016, Tokyo. Kat sini Mal nak share a few pictures yang Mal tangkap bersama dengan beberapa orang Jepun yang pertama kali mencuba memakai Hijab. May Allah give Hidayah and His guide to them... And of course la Mal yang pakaikan Hijab tu kat diorang.







  
       

My Grandmother’s Wish

        After my mother, the next strong woman that I know closely in my life is my grandmother and I call her as ‘Tok’. I still remember ...