Mal is back!!! Alhamdulillah dapat juga peluang untuk tulis balik selepas habis final exam. Hari ni Mal macam nak tulis panjang sikit daripada biasa. So, please get prepare yourself. Daripada tajuk dah boleh agak kan apa yang Mal nak cerita kali ni. Pada 31 Januari 2016, Mal berpeluang untuk menyertai satu event yang diadakan di Tokyo Camii & Turkish Culture Center, Tokyo. Untuk sesiapa yang berhajat tuk datang ke Jepun nanti, please go to this mosque. Sepanjang Mal berada di Jepun, inilah masjid yang paling cantik sekali Mal pernah pergi. Enough with the mosque, kita kembali ke pangkal jalan.
Hijab ni apa? Tudung? Shawl? Pandangan? Apa yang dapat Mal pelajari mengenai Hijab daripada program yang diadakan di masjid ni ialah... Mal tulis dalam English ek sebab penceramah tu cakap dalam bahasa Inggeris.
"Hijab is Worship/Deed, Protection, Modesty and Manner."
Why Hijab is defined as Worship/Deed? Kepada pembaca yang memakai Hijab sekarang, cuba tanya diri sendiri. Kenapa anda berhijab? Sebab trend or cuba untuk nampak baik depan orang lain? Pemakaian Hijab adalah simbol kepada kepatuhan terhadap Allah SWT bagi golongan wanita Muslim kerana Hijab bukan satu pilihan, tetapi satu kewajipan. How about Protection? Adakah anda berasa selamat bila memakai Hijab? Dengan berhijab, kita akan dapat melindungi diri kita daripada pandangan liar yang menakutkan dan fitnah aurat kita. Next, Modesty. Hijab bukan setakat mampu menjaga kehormatan diri kita, malah kehormatan keluarga, masyarakat dan agama. Untuk point Modesty ni, Mal nak kaitkan dengan point yang terakhir iaitu Manner. Apabila kita bercakap pasal Muslimah yang berhijab, kita membayangkan seorang wanita yang menutup aurat bercakap dengan suara tidak menggoda, bersopan santun dan tahu menjaga ikhtilat. Ini adalah Manner yang sepatutnya ada dalam diri setiap Muslimah yang berhijab. Orang lain yang melihat wanita berhijab akan automatically, takut, hormat dan segan untuk membuat perkara yang tidak senonoh atau bercakap sesuka hati sebab diorang sendiri hormat akan wanita yang berhijab ni. Mal minta maaf kalau penjelasan ni tidak dapat memuaskan hati pembaca sekalian tapi Mal harap korang boleh faham dengan maksud Hijab tu sendiri.
Apabila kita berhijab, kita kena ada ciri2 positif so that orang lain terutama sekali yang non-muslim akan dapat menerima dan memahami kenapa perlu berhijab.
The positive thinking of Hijab :
1. Confidence 自分自身
2. Respect 尊敬
3. Identity アイデンティティ
4. Moral 倫理
Confidence. Sebagai seorang Muslimah, Hijab memberi kita peluang untuk 'berlagak' kepada orang non-Muslim. Bukannya berlagak alim tapi berlagak kerana hanya agama Islam sahaja yang menyuruh kaum Muslimah untuk memakai Hijab. In other words, dengan melihat orang yang berhijab, orang lain dah boleh tau kita ni agama apa? So, we should be proud as a Muslimah, don't we? Next is Respect. Apabila kita berasa confidence memakai Hijab, kita akan dihormati oleh orang sekeliling. I know there are some people yang akan pandang pelik kat orang yang berhijab especially di Jepun. But, trust me. I have been in Japan for almost one year and I got many positive responses about my Hijab compared to negative responses. Mal ingat lagi bila ada orang Jepun pernah cakap macam ni kat Mal "Bagus la awak Amalina. Walaupun duduk di Jepun, awak masih lagi ikut peraturan Islam dengan memakai tudung. Saya ada kawan perempuan Muslim tetapi saya tak pernah nampak dia pakai tudung". See, mungkin pemakaian Hijab nampak pelik tetapi kalau kita memakai kerana agam Islam itu sendiri, orang sekeliling kita akan "Respect" sebab diorang sendiri tak ada pakaian tuk menunjukkan agama diorang. Kawan Mal pernah cakap "Kalau kita rasa malu sebab orang luar tengok kita pelik dengan berhijab, itu tandanya kita la orang yang paling cantik sekali kat situ. Sebab, ada banyak benda yang cantik di sekeliling mereka, tetapi mereka tetap ingin melihat kita". So, just be positive okay?
Then, Identity. Macam Mal cakap tadi, pemakaian Hijab adalah identiti bagi seorang Muslimah. So, don't be shy, show off your religion to other people. Let them know how much you are proud to be a Muslimah. Last but not least, Moral. Hijab bukan sekadar pemakaian tudung labuh menutup aurat semata-mata, Hijab juga adalah simbol bagi Moral seseorang muslimah. Sebab itu, seorang Muslimah yang berhijab perlu untuk menajaga tingkah laku, menjaga ikhtilat dan bukan menjaga aurat semata-mata.
Berikut merupakan antara maksud di sebalik Hijab yang Mal belajar sepanjang berada di program World Hijab Day 2016, Tokyo. Kat sini Mal nak share a few pictures yang Mal tangkap bersama dengan beberapa orang Jepun yang pertama kali mencuba memakai Hijab. May Allah give Hidayah and His guide to them... And of course la Mal yang pakaikan Hijab tu kat diorang.
Berikut merupakan antara maksud di sebalik Hijab yang Mal belajar sepanjang berada di program World Hijab Day 2016, Tokyo. Kat sini Mal nak share a few pictures yang Mal tangkap bersama dengan beberapa orang Jepun yang pertama kali mencuba memakai Hijab. May Allah give Hidayah and His guide to them... And of course la Mal yang pakaikan Hijab tu kat diorang.
No comments:
Post a Comment