Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dalam tempoh 20 tahun dilancarkan pada tahun 1971. Hasilnya, Malaysia dan orang Melayu boleh berbangga dengan terlaksananya projek besar yang dapat menaikkan imej negara dan bangsa seperti Petronas dan projek kereta nasional Proton Saga. Namun, itu semua belum mencukupi. Setelah DEB berakhir pada tahun 1990, orang Melayu masih ketinggalan dalam semua bidang. Pencapaian KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) berbeza dengan ketara apabila didapati negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan dan Perak yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu masih ketinggalan.
Berdasarkan perkara di atas, kita dapat lihat bahawa masalah ekonomi Melayu tetap tidak selesai walaupun setelah 20 tahun DEB dilancarkan. Sehinnga kini, bilangan jutawan Melayu yang tersenarai mampu dibilang dengan jari dan peratusannya tidak sampai 30% walaupun majoriti penduduk di Malaysia ialah orang Melayu. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah ditindas olah bangsa lain yang mahu mengaut kekayaan di tanah air kita sendiri. Memang benar, Malaysia sekarang merupa negara yang sedang membangun. Tetapi, pernah kita terfikir, apa akan jadi sekiranya Malaysia ini hanya dihuni oleh orang Melayu sahaja tanpa bangsa lain? Adakah kita mampu mencapai apa yang telah dicapai sekarang? Kita masih lagi mengharapkan bantuan bangsa asing untuk membangunkan negara sendiri. Itulah hakikatnya.
Sekarang, kita kena mencari kekuatan sendiri. Sekiranya bangsa lain boleh, mengapa Melayu tidak boleh? Kita kena kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunnah. Setiap masalah yang dihadapi oleh umat Islam, jalan penyelesaiannya pasti terdapat pada dua sumber ini. Kita kena pegang dan patuh kepada dua sumber ini selagi hayat dikandung badan. Kita kena mencari tokoh dan ilmuan Islam yang berjaya dalam bidang ekonomi yang berpaksikan prinsip ekonomi dalam Islam. Salah satu faktor kenapa orang Melayu ketinggalan ialah kerana kita terlalu taksub dengan prinsip dari Barat sedangkan prinsip dari Allah yang sememangnya mengikut fitrah manusia semakin dilupakan.
Kenal Ibnu Qayyim? Beliau merupakan ilmuan Islam yang banyak menyumbang dalam falsafah ekonomi Islam. Ibnu Qayyim dalam penulisannya telah menyentuh beberapa perkara iaitu konsep manusia Islam (homo islamicus) dan manusia bukan ekonomi (non homo economicus), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu dan peranan kerajaan dalam ekonomi. Ibnu Qayyim menekankan konsep kerjasama dalam ekonomi dan tanggungjawab sosial. Kerjasama ini akan memberikan pulangan dengan anugerah-anugerah yang tidak boleh dinikmati jika bekerja secara sendirian.
Namun begitu, Melayu sekarang bukannya bekerjasama antara sesama sendiri, sebaliknya bekerjasama dengan bangsa asing yang akhirnya menggadaikan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Contohnya, kita sedia maklum bahawa Singapura sememangnya sering menghina dan memperlekehkan Malaysia. Tetapi, pada November 2006, projek pembangunan mega "Wilayah Pembangunan Iskandar" yang dilancarkan telah menguntungkan Singapura daripada Malaysia sendiri. Hal ini kerana, projek tersebut membeli peluang industri sokongan bernilai rendah republik itu dan segala sumber negara Singapura itu ditumpu sepenuhnya kepada industri nilai tinggi seperti ICT, bio-teknologi, perkhidmatan kewangan dan pasaran modal. Akhirnya pembangunan yang diharapkan bertukar lalu menyebabkan kepentnga Melayu terabai.
Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, ingatlah... Allah menganjurkan umatnya untuk menjadi umat yang kaya-raya supaya supaya dapat melaksanakan ibadah dengan mudah seperti haji dan jihad. Tetapi, dalam mengejar kekayaan janganlah sehingga sanggup menggadai maruah diri dan bangsa serta jalinkanlah kerjasama ekonomi sesama Islam agar ekonomi Islam dapat berkembang. Jangan sekali-kali berputus asa kerana salah satu punca mengapa orang Melayu sering kali gagal di pertengahan jalan kerana kita selalu cepat mengalah dan terus berserah kepada takdir. Berdoa, berusaha bersungguh-sungguh dan akhir sekali, bertawakal... itu lebih baik daripada berputus asa.