Sunday, September 23, 2018

水引: Mizuhiki (Japanese Paper Cord)


Assalamualaikum wbt.

       So, last Monday on 17th September 2018 was a public holiday in Japan called Respect for the Aged Day or 敬老の日 (read: keiro no hi). It was celebrated to honor and respect the elderly citizens. However, I’m not going to tell more about that day, I’m going to write what I was doing on that day. As the title mentioned above, I joined an activity called Mizuhiki in 原宿 (read: Harajuku) which is just 16 minutes from my house by train. Honestly, this activity is more to ladylike activity but if men want to try as well, just go ahead. You just need to be more patient because I did lost mine when I tried for the second time.

       What is Mizuhiki and the history behind it? Mizuhiki is a traditional Japanese art form made from a special cord. Mizuhiki is often tied into a knot around gifts, with each knot having a particular meaning. Each of these knot is tailored for a specific event, such as a wedding ceremony or birth. The history of Mizuhiki knot goes as far back as 607 AD, when a Japanese delegate presented a gift from China to the Japanese emperor. This gift was decorated with a red and white twine knot symbolizing ‘safe journey’. Since then, the Japanese followed the same style, recreating the knot and starting a tradition of presenting a gift box with a Mizuhiki knot. 

Picture 1: Example of Mizuhiki knot

    There are many types of knot in Mizuhiki and one of it is called あわじ結び (read: Awaji musubi) or  Awaji knot. This is the one that I learned during the class. This is the simple one and it is also called as 書生結び (read: Shosei musubi). While tying this knot, you can move the cord easily and it is not likely to get loose. For beginner, I prefer to learn tying this kind of basic knot. So, how the Awaji knot looks like? You can prefer in the picture below. I’m proud to say that I made this one ho ho ho. Well, I live, study and work in Japan. It’s not wrong right to learn simple Japanese traditional art and show it off to you guys.

Picture 2: Awaji knot

       As it is quite difficult for me to describe how I tie this knot, I’ll just put a few picture below. This Awaji knot is made up of five cords. During the class, my teacher allowed me to pick any colors and types of cords that I like. As a beginner, she advised me to use all five same types of cord with different colors as it will be much easier to tie it. The picture 2 is the first one that I made. I chose pink and white colors with same cords. Then, for the second one, I chose two types of cords with red, yellow and white colors.

       Firstly, I tie the Awaji knot by using only three cords with red color. Then, after I got the shape, I put another two cords of yellow and white. I cut the middle by using scissor and apply the glue to make sure that the Awaji knot will not loose and stay in shape. 

Picture 3: Tie it into 涙 (read: namida) tear-shape

Picture 4: Using three red cords

Picture 5: Add another yellow cord

Picture 6: Add the last white cord

Picture 7: Cut the middle with scissor

Picture 8: The second Awaji knot is done

Picture 9: Same Awaji knot with different colors

       This might look like a simple type of traditional knot but I think it’s worth it to learn because of the history behinds it. One of the reason why I have so much interest in Japanese culture because even in this simple knot, there is a message that can be conveyed. It’s wonderful to know how a message can be conveyed to others without using words and just tie a beautiful, simple knot. And I wonder if we have traditional knot in Malay culture as well? Let me know and maybe I will learn it in the future. For those in Japan and those who plan to come to Japan, you can go to this place called, Komorebi located in Harajuku. You just pay around 1500 Yen for beginner lesson. That’s all for now.

Reference:



Saturday, September 15, 2018

Tanggungjawab Mereka? Tanggungjawab Engkau? Tanggungjawab Aku?

Assalamualaikum wbt.


  1. Pada 3 September 2018, bertempat di Balai Polis Taiping, seorang perempuan berbangsa Melayu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol oleh teman lelakinya serta dua orang lelaki dipercayai rakan kepada teman lelakinya itu. Kejadian tersebut berlaku pada 17 Ogos 2018, mangsa telah dibawa oleh teman lelakinya ke sebuah hotel di Taiping pada jam 4:30 pagi. Selepas itu, mangsa telah tidur dan tidak sedar apa yang berlaku sehingga mangsa terjaga pada pukul 11:00 pagi dan mendapati lehernya terdapat kesan lebam serta kemaluannya terasa sakit.
  2. Pada 13 September 2018, seorang pekerja hotel di Johor Bahru telah menghubungi polis selepas melihat seorang lelaki dewasa mendaftar masuk ke hotel itu bersama seorang kanak-kanak perempuan, membongkar aktiviti sumbang mahram dilakukan lelaki terbabit. Pekerja terbabit bertindak menghubungi pihak polis kerana melihat lelaki berkenaan yang mencurigakan. Sebaik polis tiba, polis mengetuk pintu bilik dan apabila dibuka, didapati seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan hanya memakai tuala. Selepas membuat pemeriksaan, lelaki tersebut berusia 48 tahun dan kanak-kanak terbabit dalam lingkungan usia 10 tahun. Lelaki tersebut merupakan bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut dan memberitahu pihak polis, mangsa telah mendapat kebenaran ibu bapanya untuk mengikut lelaki terbabit.


       Melihat kepada dua kes di atas, terdapat satu persamaan yang amat ketara, kedua-dua mangsa ialah gadis bawah umur. Secara umumnya di Malaysia, definisi kanak-kanak adalah dibawah umur 18 tahun mengikut Akta Kanak-Kanak yang diluluskan pada tahun 2001. Sekalipun kanak-kanak tersebut mungkin kelihatan atau mampu untuk berfikir dan bercakap dengan matang seperti orang dewasa, mereka masih memerlukan bimbingan dan pengawasan penuh oleh orang dewasa yang terdekat terutamanya ibu bapa. Persoalan disini, adakan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak ini jatuh secara mutlak kepada ibu bapa dan ahli keluarga sahaja?

       Sekiranya kita lihat pada kes yang pertama melibatkan gadis bawah umur yang dirogol oleh teman lelakinya dan dua lelaki yang lain, gadis ini telah berhenti sekolah dua bulan sebelum kejadian berlaku dan gambar bogel serta video lucahnya pernah tersebar sebelum ini. Mangsa membuat laporan polis apabila video lucah yang memaparkan mangsa dirogol telah disebarkan oleh suspek-suspek yang merogolnya ke media sosial seperti WhatsApp dan Tumblr. Apabila kes ini viral, ramai pihak menunding jari kepada ibu bapa gadis tersebut kerana tidak memantau pergaulan bebas anaknya dan terlalu mengikut semua kehendak anak.

       Hal ini membuatkan saya terfikir, andainya ibu bapa sudah tidak lagi mahu atau mampu membimbing anak-anaknya yang semakin liar, siapa lagi yang akan mengambil tanggungjawab tersebut? Cuba kita bayangkan kita berada sewaktu kejadian rogol itu berlaku. Sebagai contoh, kita letakkan diri kita sebagai salah seorang pekerja hotel yang bertanggungjawab untuk menguruskan daftar masuk dan menyerahkan kunci bilik kepada mangsa dan teman lelaki. Kita lihat pasangan ini kelihatan terlalu muda dan mungkin masih belum berkahwin. Mereka juga menempah satu bilik sahaja untuk mereka menginap. Memandangkan mereka ini pelanggan, kita mungkin berasa malu untuk bertanya terus kepada meraka adakah mereka sudah berkahwin atau belum bukan? Jadi kita pendam perasaan curiga itu dan tanpa kita sedar, kita telah meletakkan gadis tersebut ke dalam situasi yang boleh mencabul maruahnya.

       Cuba kita bayangkan kalau kita ialah pekerja hotel untuk kes yang kedua pula. Kali ini, kita tidak melaporkan kepada pihak polis kerana kita lihat pelanggan yang mendaftar masuk ke bilik itu seperti bapa dan anak. Perkara yang sama mungkin akan berlaku seperti kes yang pertama walaupun suspek dan mangsa mempunyai perasaaan antara satu sama lain. Berdasarkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan rogol berlaku apabila seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah keadaan berikut:
a. Tanpa persetujuannya.
b. Tanpa kebenarannya.
c. Dengan persetujuan tetapi diberikan kerana wanita itu takut akan keselamatannya atau kerana salah tafsiran dan lelaki itu tahu persetujuan diberi secara demikian.
d. Dengan persetujuannya kerana wanita itu percaya bahawa lelaki itu suaminya dan lelaki itu tahu dia bukan suami yang sah.
e. Dengan atau tanpa persetujuan wanita bawah umur 16 tahun.
Ini bermakna pada perenggan ‘e’, mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun adalah satu kesalahan rogol dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

       Saya tidak menafikan ibu bapa sememangnya penting untuk memantau kegiatan anak-anak terutamanya yang bawah umur. Tetapi, abang, kakak, makcik, pakcik, jiran sebelah rumah, pekerja hotel, peniaga warung di tepi jalan serta sesiapa sahaja yang bergelar manusia dan hidup dalam sesuatu masyarakat juga perlu memantau kegiatan anak-anak muda di sekeliling. Saya sebagai anak sulung dan kakak kepada seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki, mengambil tanggungjawab untuk memantau aktiviti adik-adik saya di media sosial. Hal ini kerana kedua ibu bapa saya hanya aktif di Facebook dan WhatsApp sahaja sedangkan remaja sekarang mempunya sekurang-kurangnya lebih dari dua akaun media social seperti Instagram, Twitter, LINE, Skype dan Tumblr.

       Saya percaya setiap orang memainkan peranan penting untuk menjaga keselamatan masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan bimbingan dan pengawasan orang dewasa iaitu kanak-kanak bawah umur. Tanpa mengira pekerjaan gaji tinggi atau rendah, bangsa Melayu atau India, kenal atau tidak, salah satu cara untuk mengurangkan kadar jenayah dan membantu pihak polis menyelesaikan kes jenayah adalah datang dari keprihatinan diri sendiri dengan menjalankan tanggungjawab secara serius tanpa menunding jari kepada orang lain. Malaysia baru bukan bermula apabila menukar kerajaan baru, tetapi apabila masyarakat mengubah mentaliti lama kepada mentaliti untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan bersatu.

Sunday, September 9, 2018

Procrastination: A creative way to success


Assalamualaikum wbt

       I wonder if you guys used to hear the word ‘procrastination’? Or how about ‘delay’? Currently, I’m reading a book entitled ‘Originals’ written by Adam Grant and one of the chapters in this book, The Discipline to Delay had been creatively elaborated by the author. Honestly, the way he elaborated on how people delay some stuff until the right moment is quite close to my personal experience. He even told stories of many successful people who turn out to have the habit of procrastination. So, before I tell you guys more about how procrastination can lead to success, I will tell the stories that I got from this book.


Picture 1: Originals by Adam Grant

First story: Leonardo Da Vinci

       Many critics believed that Leonardo Da Vinci was wasting his time with other distractions as he took around 16 years to complete the Mona Lisa painting. It was estimated that he started the painting in 1503, left it unfinished and didn’t complete it until close to his death in 1519. However, according to the historian, William Pannapacker, the distractions were vital to final achievements that lead to the great portrait of Mona Lisa. He explained that while Da Vinci was trying to finish the portrait, he was distracted by optical experiments. His work in optics might have delayed the Mona Lisa portrait, but his final achievements in painting depended on the experiments.

Picture 2: Mona Lisa portrait

       Da Vinci was known to work in multiple projects or experiments while painting as these projects helped him to gain great achievement in his final work in painting. Another example, he spent about 15 years developing the ideas for The Last Supper by beginning with a sketch of figures sitting on a bench. A dozen years later, this painting became the famous 13 figures seated at a table. Da Vinci believed that a great achievement should not be rushed. You need to balance your action while brainstorming the ideas to finish your work. Then, you can find or target the right moment to get the most accomplishments.

Picture 3: The Last Supper Painting

Second Story: Martin Luther King Jr.

       On 28th August 1963, American civil right activist, Martin Luther King Jr. delivered a public speech entitled “I Have a Dream” to call for an end to racism in the United States and called for civil and economic rights. This speech was powerful that it was ranked the top American speech of the 20th century in 1999 poll of scholars of public address. Weeks before delivering the speech, King asked advice from his three close advisors about the appropriate content and tone and start working on the draft. However, he was not rushed to finish it or at least decide the theme of the speech. He waited until four days before the day he supposes to deliver the speech to start actively writing the draft.

       The night before, he gathered all his advisors to review the ideas of the speech to get the best approach. When they compared the early draft that they made weeks before and the draft that they discussed the night before the speech, they could see how the ideas worked to the goal that they wanted to express during the speech. Even a few minutes before King delivering his speech in front of the 250,000 crowds and millions more watching on TV, he improvised the speech that enables him to give his inspiring vision to all civil rights supporters. Another benefit of procrastination that we can see from this story is that it keeps us open to improvisation. Now, half a century after King delivered his momentous speech, the four words, “I have a dream” remains as one of the most recognizable phrases in the history and a vivid portrait of a better future.

Picture 4: Martin Luther King Jr.

Third Story: My story

       I never called myself as a successful person just like those two people that I mentioned before, but I do learn from my mistakes when I procrastinated my works especially when I was a student. Since high school, my friends knew me as a person that always finish school homework ahead of the deadline. So, the day or the night before submission, they will look at my answers and some of them copy one by one (I do feel annoyed with this kind of people). Then, after my teacher checked my homework, there were so many mistakes, sometimes small mistakes that I did not realize it beforehand. I asked myself maybe if I take the time to finish it or do it little by little, I can possibly minimize those mistakes.

       A few months before I took SPM examination, there were 2 subjects that I need to put more effort which is Add Math and Physics. As during trial examination, I didn’t get A for these 2 killer subjects, so I really hope that I can do well during the real SPM examination. So, I learned from my mistakes, I arranged my study schedule instead of revising these subjects in a short period, I arranged so that I can study them till the day of the examination. It was a risk as I never did it before during past examinations but alhamdulillah, I managed to get straight A’s during SPM 2011. But you know history repeats right? I experienced it again when I went to preparation school before flying to Japan.

       During my time in preparation school, everyone was studying so hard as we need to master Japanese language fluently just in three years before flying to Japan. I still remember we need to memorize Hiragana alphabets in one week, Katakana alphabets in another one week, memorize at least 20 new Japanese words and took the test the next day, memorize at least 10 new Kanji everyday and these repeats for 3 years. Well, alhamdulillah I survived. As I learned from my mistakes in high school and I wasn’t born as a fast learner, I took my time to study these subjects till there was a time that I got the worst score in my class. But, I knew it wasn’t the end as by being the worst student in class, I finally knew what I really need to improve before I took the big test. The ‘delaying study tactic’ was a success. I got awarded in Dean List and went to one the best university in Japan.

       I don’t mean to imply that it’s never wise to be the first to finish. But sometimes, we need other people to go first or we need more time to understand our problem, analyzing our conditions and plan an improvisation tactic. Procrastinating can give us flexibility on a task and open us up to learning and adaptability. I finish my words with “good things come to those who wait”.

Saturday, May 26, 2018

Hangeul dan Melayu


Assalamualaikum wbt

       Kepada yang belum tahu, Jepun bukan sahaja pernah menjajah Tanah Melayu malah Korea juga pernah menjadi tanah jajahan Jepun suatu masa dahulu. Sehingga kini, masih ada lagi orang Korea yang sangat membenci dan menyimpan dendam kepada orang Jepun. Pada Februari 2016, saya sendiri pernah menerima mesej berunsur hasutan dari orang Korea yang memberitahu saya betapa teruknya orang Jepun dan kerajaan Jepun itu sendiri. Saya mengambil keputusan untuk mengendahkan mesej tersebut kerana tidak mahu terlibat dengan perkara yang tidak diingini. Sebagai seorang yang meminati muzik K-Pop dan menonton K-Drama serta rancangan Running Man, saya mula berminat untuk mempelajari tulisan Hangeul iaitu tulisan Bahasa Korea.

       Siapa yang mengasaskan tulisan Hangeul? Pada abad ke-15, Maharaja Sejong (King Sejong the Great) iaitu maharaja yang keempat dalam Dinasti Joseon mengusulkan untuk mencipta satu tulisan khas untuk Bahasa Korea pada tahun 1446 bagi meningkatkan kadar bilangan penduduk yang mampu membaca dan menulis. Hal ini kerana pada zaman itu, rakyat Korea menghadapi kesukaran dalam menggunakan tulisan Cina (kanji) untuk bacaan dan tulisan. Apa yang menarik mengenai tulisan Hangeul ini, 14 huruf konsonan dalam tulisan Hangeul mewakili bagaimana mulut terbentuk ketika menyebut huruf konsonan ini. Maharaja Sejong dikenali sebagai pengasas kepada tulisan Hangeul tetapi Ju Si Gyeong yang merupakan rakyat Korea berjuang untuk melindungi tulisan ini daripada terus terhapus sewaktu penjajahan Jepun.

Gambar 1: Bentuk Mulut Ketika Menyebut Huruf Hangeul

       Ju Si Gyeong (1876-1914) ialah seorang ahli sasterawan pada awal abad ke-20 dan salah seorang pengasas linguistik Korea moden. Selepas mempelajari linguistik moden di Seoul, beliau menubuhkan Persatuan Sistem Bahasa Korea (Korean Language System Society) pada tahun 1896. Beliau bekerja keras dalam usaha untuk meningkatkan penerimaan sistem penulisan Korea yang selama ini dipandang rendah oleh golongan elit yang mendapat pendidikan melalui sistem penulisan Cina. Malah, nama Hangeul (한글) dicipta oleh beliau antara tahun 1910 dan 1913 untuk mengenal pasti sistem penulisan Korea yang telah wujud dengan beberapa nama lain seperti onmun (skrip vernakular) sejak abad ke-15.

Gambar 2: Ju Si Gyeong

       Ju Si Gyeong sentiasa membawa buku-buku besar tulisan Hangeul yang ditulisnya sendiri untuk mengajar Bahasa Korea di mana sahaja dia pergi.

“Encik Ju adalah seorang guru dan pendidik yang berbakat. Saya belajar subjek Geologi dan Sejarah dari beliau. Kelas kami gelap dan sangat sesak, sepatutnya pelajar akan tertidur sewaktu pembelajaran berlaku. Tetapi kelas Encik Ju sangat menarik sehingga tiada pelajar yang pernah tertidur dalam kelasnya.”

Ini merupakan petikan daripada memoir yang ditulis oleh salah seorang anak murid Ju Si Gyeong. Ada yang mengatakan beliau tidak mempunyai masa untuk mengelap peluh di dahinya kerana sibuk bertemu dan mengajar para pelajarnya. Beliau berjalan di seluruh Jeong-deong, Namdaemun dan Jongno serta pergi dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Ju Si Gyeong terpaksa mengajar di 16 buah sekolah di seluruh Seoul selama 40 jam seminggu untuk menampung kekurangan guru ketika itu. Beliau hidup dalam serba kemiskinan kerana beliau hanya meminta gaji yang sedikit setiap kali mengajar. Lima orang anaknya tinggal di sebuah rumah yang kecil, dipenuhi buku-buku dari dinding ke dinding. Pada tahun 1914, pendidik yang berjiwa besar ini meninggal dunia di rumahnya pada usia yang muda 39 tahun.

       Pada tahun 1930, rakyat Korea sangat menderita di bawah penjajahan Jepun. Pada masa itu, Persatuan Bahasa Korea (Korean Language Society) telah menerima pelbagai pucuk surat dari seluruh negara.

“Seperti yang awak dapat lihat, saya telah menyenaraikan dialek tempatan untuk awak. Jika ini dapat membantu awak untuk menyusun Kamus Bahasa Joseon (Joseon Language Dictionary), saya sentiasa bersedia untuk membantu.”

Petikan di atas adalah salah satu surat dari sukarelawan di Gilju yang mengambil bahagian dalam Operasi Malmoi (Malmoi Operation). Bercakap dan menulis dalam Bahasa Korea dilarang sama sekali di bawah penjajahan Jepun. Persatuan Bahasa Korea yang kemudian dikenali sebagai Persatuan Bahasa Joseon (Joseon Language Society) telah menyusun kamus Bahasa Korea secara rahsia. Operasi Malmoi melibatkan penyusunan perkataan-perkataan Korea yang dikumpulkan oleh orang-orang Korea dari seluruh negara. Akhirnya, setelah 13 tahun, manuskrip yang dikenali sebagai ‘The Great Dictionary’ atau ‘Daesajeon’ diterbitkan di Korea pada tahun 1957. Persatuan Bahasa Korea mewujudkan Hari Hangeul (Hangeul Day) yang diraikan pada 9 Oktober setiap tahun.
……………..

       19 tahun selepas kelahiran Ju Si Gyeong di Korea, lahir pula seorang cendekiawan Melayu berketurunan Minangkabau di Tanah Melayu, Zainal Abidin Ahmad juga dikenali sebagai Za’ba pada tahun 1895. Beliau diajar untuk mengaji al-Quran dan membaca sejak umur lima tahun di rumahnya sendiri. Beliau merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada tahun 1915. Za’ba memiliki bakat dalam bidang penulisan dan hasil penulisannya sering muncul dalam akhbar seperti Utusan Melayu dan Lembaga Melayu. Semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau diberi tanggungjawab untuk menulis buku yang boleh digunakan di Tanah Melayu ketika itu dan juga Sumatera.

       Za’ba pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang pertama namun jawatan tersebut tidak kekal lama kerana beliau lebih berminat dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu. Za’ba merupakan anak Melayu yang tidak pernah jemu mengabdikan dirinya dalam bidang Bahasa dan persuratan Melayu. Pelita Bahasa Melayu dan Ilmu Mengarang Melayu merupakan karya beliau yang terkenal dan telah dijadikan buku teks sekolah sehingga selepas Perang Dunia Kedua. Beliau juga turut menulis dalam Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JAMBRAS) dalam usaha beliau untuk memperkenalkan Bahasa Melayu kepada orang asing.

       Za’ba seorang yang terlalu cermat dan teliti terutamanya yang berkaitan dengan Bahasa. Menurut teman-teman rapatnya, kebanyakan surat-surat yang dikirimkan kepadanya selalu dikembalikan dengan pembetulan-pembetulan yang dibuatnya di dalam surat tersebut. Beliau turut menghasilkan Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Za’ba. Beliau telah bertindak menggubal sistem ejaan pada tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dari tahun 1914. Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi pada tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1931.

       Pada tahun 1956, beliau secara rasmi dianugerahkan gelaran ‘Pendeta’ dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. Semangat beliau yang tinggi untuk meletakkan Bahasa Melayu di persada dunia tanpa mengharap apa-apa balasan pernah mebuatkan beliau menolak bintang kebesaran dari negara Brunei Darussalam. Pada 23 Jun 1973, Za’ba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pesuratan sebagai lambang perjuangan bahasa dan persuratan Melayu. Malangnya Za’ba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur. Pendeta Za’ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

Gambar3: Pendeta Za'ba
……………..

       Di bawah penjajahan yang sama walau berbeza negara dan agama, kedua-dua tokoh ini memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa iaitu elemen yang perlu dijaga dan dilindungi dalam memastikan sesuatu bangsa untuk terus wujud dan hidup. Bahasa mungkin kedengaran biasa tetapi sudah berapa ramai bangsa yang hilang identiti apabila bahasa yang diwarisi nenek moyang terhapus dalam penggunaan seharian. Kedua-dua tokoh ini bukan dalam kalangan kerabat diraja tetapi rakyat biasa yang ingin melihat anak cucu mereka terus hidup dengan bahasa yang sama yang pernah mereka dan nenek moyang dahulu kala tuturkan.

Kita sudah merdeka dari penjajah sejak tahun 1957.

Adakah bahasa kita juga merdeka?

Monday, April 30, 2018

What is your metal?


Assalamualaikum wbt.

       Last week, my Naqibah shared her favorite surah in the al-Quran which is Surah Yusuf. This surah is unique as the verses in this surah were arranged chronically and beautifully about the Prophet Yusuf from the moment when his brothers threw him into the bottom of the well, being seduced by an upper class woman until he became a person who is highly trusted by the King of Egypt. Allah described him as a handsome man in the Quran but people attract to his manners more than his face. However, we are not going to discuss about the whole verses, instead we focus on one simple but has deep meaning verse which is

[Joseph] said, “Appoint me over the storehouses of the land. Indeed, I will be a knowing guardian.” (12:55)

       This is one of the Prophet Yusuf’s character that Allah mentioned in the Quran for us to learn which is know your strength. When the King of Egypt wanted to appoint him to a higher position, Prophet Yusuf volunteered himself to guard the storehouses of the land. After that, he is known among the Egyptians as a fair and knowing guardian. He is actually using his strength to benefit other people instead using it to accumulate his wealth for his own. He is able to be corrupted and take the properties inside the storehouses because he is the guardian. But he didn’t. This story reminds me to one of the hadith about people are like gold and silver.

Abu Hurayrah (radi Allahu anhu) reported: I heard Messenger of Allah (S.A.W) saying, “People are like gold and silver; those who were best in Jahiliyyah (Pre-Islamic Period of Ignorance) are best in Islam, if they have religious understanding; and the souls are like recruited soldiers, they get mixed up with those similar with them in qualities and oppose and drift away from those who do not share their qualities.” [Sahih Muslim]

       Well, generally we know that metals differ from each other. Some of them are precious and others worthless. People are like gold and silver, both of them are precious metals. There are times when gold is a better investment, and there are times when silver is a better investment. Based on this hadith, Rasulullah S.A.W said the person who was the best and high skill before converting into Islam, if he has strong religious understanding, Allah S.W.T will increase his prestige and there will be no reduction with his status.

       So, how to find our own metal? Do we have to create it? Do we have to chase for it? I believe some people are born with it, some people got it from their family, and some people struggle so hard to get it. For example, a person that has talent to paint beautiful pictures use his talent as his strength to deliver his meaningful message to the other people via his painting. Or a person who was born in a rich family uses his wealth as his strength to contribute for many charity organizations. Last example, a medical student that study day and night sacrificing his youth not like others. He uses his medical knowledge that he gain through blood and sweat, work more than 10 hours a day to save people’s life as a doctor.

       Allah doesn’t create His creature without purposes. Even a worm and a fly has their purposes in life cycle. Prophet Yusuf volunteered himself to go to jail after being accused seducing the wife of King Egypt even he was not guilty. He was blessed by Allah S.W.T to be able to interpret dreams and life in prisons gave so much meaning to him. Allah created every different episodes in our life so that we can discover our metal. A metal that will help to conduct kindness, malleable to all kind of challenges and stay solid to one true faith. Find your metal, chase it and work hard for it. You want to be gold or silver, it’s up to you!

Saturday, February 10, 2018

Jenayah di Hujung Jari

Assalamualaikum wbt

       Berdasarkan tajuk di atas, apa yang bakal saya tulis merupakan kisah benar yang pernah berlaku kepada saya tahun lepas dan kes jenayah ini melibatkan orang Jepun. Kes jenayah ini pula berlaku di alam maya. Okay, saya stress setiap kali fikir pasal ini walaupun kes ini dah selesai. Pada mulanya saya hanya menceritakan kes ini kepada beberapa orang sahaja, tetapi apabila semakin ramai yang mengalami perkara yang sama, saya akan menceritakan kes ini dari awal sampai akhir.

       Cerita ini bermula pada bulan Februari 2017 selepas saya siapkan thesis. Saya pulang ke Malaysia selama sebulan sementara menunggu hari graduasi pada bulan Mac 2017 di universiti saya di Jepun. Saya membawa sekali buku-buku bank serta kad-kad bank Jepun setiap kali pulang ke Malaysia. Pada suatu hari, saya mendapat email dari pihak bank yang saya ada membuat pemindahan wang berjumlah 50,000 Yen. Kemudian, saya mendapat email yang sama sekali lagi dengan jumlah wang yang sama. Ini bermaksud saya ada buat pemindahan wang sebanyak 100, 000 Yen pada hari yang sama.

       Saya mula rasa tidak sedap hati dan menghantar mesej kepada rakan saya sekiranya pihak universiti atau agensi rumah sewa kami ada membuat pemindahan wang dari bank kami memandangkan pada waktu itu kami dalam proses permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah Master di universiti yang sama serta dalam proses untuk berpindah keluar dari rumah sewa kami. Rakan saya kata tiada dan sekiranya ada, dia akan dimaklumkan hal tersebut atau pemindahan wang juga akan berlaku pada akaunnya. Kemudian, saya tanya pula pada senior-senior saya di Jepun dan mereka menasihati saya untuk telefon bank di Jepun dan meminta mereka block kad debit saya.

       Setelah saya menelefon pihak bank di Jepun, saya membuka website bank tersebut untuk mengetahui aliran duit saya yang hilang tersebut. Saya mendapati duit tersebut dipindahkan ke  satu website online shopping di Jepun. Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya berada di Jepun, saya hanya pernah shopping secara online di 2 website ini sahaja, Amazon dan Baticrom. Sekiranya saya ingin membeli pakaian atau kasut, saya sanggup meredah naik keretapi walaupun pada waktu rush hour untuk membeli-belah di mana-mana shopping mall yang ada sale 50% dan ke atas.

       Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan dari pihak bank di Jepun mengenai duit saya yang hilang itu. Staff bank tersebut memberitahu ada orang Jepun bernama Dounichi Yasumi (bukan nama sebenar) yang membuat pemindahan wang saya ke akaun website online shopping tersebut. Staff bank tersebut menanyakan kepada saya sekiranya saya kenal atau ada sebarang hubungan dengan orang Jepun itu. Memandangkan saya tidak mempunyai ramai kawan orang Jepun yang mampu dibilang dengan jari, Dounichi Yasumi (bukan nama sebenar) tidak termasuk dalam senarai kawan orang Jepun saya. Jadi, saya memberitahu staff tersebut saya tidak pernah tahu dan kenal nama yang disebutkan. Kemudian, staff bank itu menasihati saya untuk membuat laporan polis bagi memudahkan urusan untuk mendapatkan duit saya semula memandangkan hal ini sudah dikira kes jenayah.

       Seminggu kemudian, saya pulang ke Jepun dan bertemu dengan senior saya untuk membincangkan perkara ini. Senior saya membantu saya untuk membuat laporan polis dan sewaktu saya berada di balai polis, saya di bawa masuk ke bilik soal siasat dan ditanya beberapa soalan seperti ini:

  1.  Sewaktu pemindahan wang itu berlaku, saya berada di mana?
  2. Adakah kad atau buku bank saya pernah hilang?
  3. Sewaktu pemindahan wang itu berlaku, adakah kad atau buku bank saya ada bersama saya atau disimpan di tempat lain?
  4. Adakah saya pernah menggunakan free wifi di tempat awam?
  5. Sekiranya saya pernah menggunakan free wifi di tempat awam, di manakah tempat terakhir saya menggunakan free wifi sebelum berlakunya pemindahan wang itu?
                 
                 Untuk soalan no 1, saya berada di Malaysia. Kemudian, saya tidak pernah menghilangkan kad atau buku bank saya. Untuk soalan seterusnya, saya sentiasa memastikan kad atau buku bank saya berada dengan saya walaupun saya berada di luar negara Jepun. Untuk soalan no 4 dan 5, saya pernah dan selalu menggunakan free wifi. Secara jujurnya, saya tidak ingat tempat terakhir saya menggunakan free wifi. Inilah kesilapan terbesar yang pernah saya buat seumur hidup. Pegawai polis yang menyoal siasat saya memberitahu bahawa kes seperti saya sering berlaku dan kebarangkalian untuk mengesan orang yang melakukan pemindahan wang tersebut agak sukar kerana saya menggunakan free wifi.

                 Selepas itu, saya mengisi borang aduan mengenai kes duit saya yang hilang ini beserta nama pegawai polis yang terlibat dan menghantar borang tersebut ke pihak bank. Alhamdulillah, 3 bulan kemudian saya mendapat semula duit saya yang hilang dengan jumlah yang sama. Apa yang terjadi kepada orang Jepun yang bernama Dounichi Yasumi (bukan nama sebenar)? Wallahualam. sehingga sekarang saya tidak mendapat sebarang laporan daripada pihak polis mengenai orang yang mengambil duit saya itu. Saya hanya mendapat duit saya yang hilang sahaja.

                 Pengajarannya di sini, benda yang percuma pasti ada 'harganya' yang perlu dibayar. Tak salah untuk menggunakan free wifi di tempat awam tetapi jangan membuat sebarang pemindahan wang secara online dengan free wifi tersebut. Or you will end up like me.       





Wednesday, January 3, 2018

Light vs Heavy

Assalamualaikum wbt

       Welcome to year 2018. This is my first blog for this year and I pray that all of us will be blessed with happiness. I want to relate this topic with the history of The Battle of Tabuk. I’m sure maybe some of you have heard about this story. But for me, I heard about this story at night before New Year and I can’t hold myself to write what I feel about it and share with you guys. It will be a long post but you can skip reading at some parts, never mind. Where is Tabuk? Tabuk is in northwestern Saudi Arabia. Tabuk was the farthest place in which Prophet had travelled to join a battle. However, in the end there was no battle happened in Tabuk but the story behind it left so many lessons that Allah chose this story to be written inside al-Quran at Surah At-Tawbah.

       When Islam was rapidly expanded in the Arabian Peninsula followed by the story of the bravery and sacrifices of the Muslim warriors, the Roman Emperor felt that his empire will be in great danger if this expansion keeps on going. So, he ordered his army to launch a surprise attack on the Muslims with help of a well-equipped army to paralyze the increase military power of Muslims. News about Roman soldiers reached the Prophet when people of Madina not yet properly collected their produce (dates and fruits). Then, the Prophet invited Muslims for jihad and also to ask well-to-do Muslims to pay zakat for the expenses of war. This order is written in Surah At-Tawbah verse 41.

Go forth, whether light or heavy, and strive with your wealth and your lives in the cause of Allah. That is better for you, if you only knew. (9:41)

       At that moment, the weather was very hot and people of Madina was ready to harvest the palm-dates. These are the challenges that Prophet need to face especially when some of the Muslims declined to join the battle. Most of them were the hypocrites (Munafik) that refused to join the battle gave excuse that the weather was so hot that they couldn’t bear to travel all the way to Tabuk. Then, Ka’b, Hilal and Mararah, the three sahabah who had full faith in Islam that participated in jihad since the Battle of Badar decided to join the Battle of Tabuk after collecting their produce. On the way from Madina to Tabuk, the army of Islam was faced with great difficulties but they welcomed all the hardships that came in their way.

       However, when the army of Islam arrived in Tabuk, there were no traces of the Roman army could be seen. It appears that the commanders of Roman army became aware of the bravery of the Muslim army and became so frightened. They recalled their army from fighting in the battle. So, there was no war. Then, the army of Islam return to Madina to revive its strength after facing all the difficulties while performing the journey. When Prophet returned to Madina, the three sahabah (Ka’b, Hilal and Mararah) were still busy in their trade and not kept their promise to participate in jihad. These three sahabah welcomed the Prophet in Madina but the Prophet reprimanded and ordered the people of Madina to cut off all relations with them.

       Social boycott by the people of Madina lowered their spirits. Their nearest relatives cut off relationship with them and refrained from visiting their houses. Then, they repented before Allah SWT of their cowardly act. Allah SWT also accepted their repentance and informed His Prophet that they had been forgiven. The Prophet immediately terminated the orders to boycott the three sahabah.

       From this story, I wanted to highlight the three sahabah (Ka’b, Hilal and Mararah) who had been promised by Allah SWT that they will enter His heaven as they had participated in Battle of Badar, the first battle in Islam. However, as they gained so much respect from other Muslims when Islam began to expand, during the Battle of Tabuk, they chose to accumulate their wealth as it was the perfect time to harvest their produce instead of participating in jihad. The reason why the Prophet punished these three because he wanted to teach other Muslims that even though Islam was at the top during that time, they should not neglected the jihad order and istiqamah (consistent) to sacrifice for the sake of Him.

       When I was a student in Japan, I joined a lot of student activities and sometimes these events involved more than one students’ associations. And yes, my schedules were so hectic that I seldom have my own ‘me’ time. But I enjoyed every second when I joined these kind of activities. After 1 year, I started to feel tired and expect that if I didn’t join to help the committees, there are still students that are willing to help. So, I slowly started to skip some of the activities just to have my own ‘me’ time. However, after a while, I felt that I lost myself. The old me. 

       The story of the Battle of Tabuk and verse 41 of Surah At-Tawbah made me question myself what makes me feel so heavy to istiqamah. Why on the first place I joined students’ association here? Is it just to make people see me as an active student? Is it because of Allah? Then, I realized that this is how Allah SWT test us just like in verse 41 of Surah At-Tawbah, “Go forth, whether light or heavy”. 

       Then He continued in verse 41, “strive with your wealth and your lives in the cause of Allah. That is better for you, if you only knew.” Unfortunately, we don’t know. We don’t know if we can get back the same amount of money that we spent for good. We don’t know if we can have again the same amount of time that we spent for the sake of Allah SWT. But He knew. All sacrifices that we have done for Him, He will never neglected it and He had planned the right timing to reward His slaves. If only we keep on going through light and heavy with full of patience. And also if only we stop making excuses and keep on doing our works just for Him.


       The story of three sahabah above taught us that there are no big or small sacrifices. All sacrifices are measured based on our intentions (niat). Only Allah SWT can judge our sacrifices. Through thick and thin, through light and heavy, don’t stop sacrificing for the sake of Him. And of course, do not expect any rewards from other people because sacrifices are so expensive to be paid by them. Just expect reward from Him either we get it here or later in heaven InsyaAllah. That’s why He is God.

Thursday, December 28, 2017

Maryam: Wanita biasa tetapi luar biasa

Assalamualaikum wbt

                Sebenarnya, saya dah lama sangat nak tulis mengenai kisah Maryam, ibu kepada Nabi Isa AS. Saya rasa hampir semua orang terutama sekali Muslim mengenali wanita solehah ini. Sebelum ini, secara jujurnya saya hanya menganggap Maryam ini sekadar wanita solehah yang terpilih untuk hamil tanpa nikah atau erti kata lain tanpa bersentuhan dengan lelaki. Bayi dalam kandungannya juga merupakan hamba Allah yang terpilih untuk menjadi seorang Nabi iaitu Nabi Isa AS dan namanya disebut dan diingati oleh Muslim serta penganut agama Kristian dengan nama Jesus. Saya tidak ada perasaan ingin tahu kisah disebalik kehamilan tersebut dan pengajaran yang perlu diambil dari kisah hidup Maryam sehinggalah saya membaca buku ‘Akhawat Pakai Hoodies’ oleh Inche Gabbana.

                Keterujaan saya untuk mengetahui kisah Maryam dengan lebih mendalam semakin bertambah apabila Naqibah saya menghuraikan kisah Maryam berdasarkan ayat-ayat dalam al-Quran iaitu Surah Maryam, ayat 23-25.

”Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, “Wahai betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan.” Maka dia (Jibril) berseru kepadanya dari tempat yang rendah, “Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”

                Dalam ayat 23, Allah SWT menceritakan semula kata-kata yang diungkap Maryam ketika bersendirian menanggung kesakitan untuk bersalin pada pangkal pohon kurma. “Wahai betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan.” Cuba bayangkan sekiranya kita berada di tempat Maryam. Maryam ialah seorang wanita yang rajin beribadah dan menjaga kehormatan diri dari tatapan lelaki ajnabi. Apabila Allah SWT menguji Maryam dengan kehamilan walaupun tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki, Maryam tahu kelak apabila bayi tersebut lahir, mereka akan dicemuh oleh masyarakat sekeliling dan Maryam akan digelar sebagai penzina. Kata-kata yang diungkapkan oleh Maryam di dalam al-Quran menunjukkan perasaannya yang sudah berputus-asa untuk terus hidup dan berharap masyarakat sekeliling tidak menyedari akan kewujudan dirinya.

                Kemudian Allah SWT memujuk Maryam melalui perantaraan malaikat Jibril dengan menyuruh Maryam menggoncangkan pangkal pohon kurma sehingga menggugurkan buah kurma yang masak untuk dimakan. This is my favorite part. Allah SWT sangat sayangkan Maryam tetapi Allah tidak memberikan bantuan kepada Maryam turun terus dari langit. Sebaliknya, Allah SWT memujuk Maryam untuk menggunakan saki-baki tenaga yang ada setelah penat melahirkan bayi dan berusaha menggoncangkan pokok kurma sehingga gugur buah kurma yang masak. Allah SWT berkuasa untuk menjatuhkan terus buah kurma tersebut tetapi Allah mahu Maryam berusaha sebab Allah sangat suka hambaNya yang berusaha.

                Cuba bayangkan keadaan Maryam ketika itu. Berseorangan, kesakitan, penat melahirkan bayi, Maryam turut berharap untuk mati seperti yang diungkapkan dalam ayat 23. Tetapi Allah SWT ingin mengajar kepada Maryam dan kepada kita semua betapa nyawa itu anugerah yang sangat berharga.

                Sebagai seorang Muslim, kita diajar bahawa Allah SWT tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hamba tersebut. Oleh sebab itu, Allah SWT menggalakkan hamba-hambaNya untuk bersabar dan berusaha menghadapi ujian yang diberikan. Apabila masalah tersebut berlarutan untuk jangka masa yang lama atau menjadi bertambah teruk, sampai ke satu tahap kita berdoa supaya kita tidak lagi hidup atas dunia ini sebab terlampau penat dan mungkin lebih teruk lagi kita cuba untuk membunuh diri sendiri. Naudzubillah. Saya berdoa semoga semua orang yang membaca penulisan ini dan orang-orang yang saya sayangi diberikan kesabaran yang tinggi oleh Allah SWT untuk menghadapi ujian dalam hidup.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah salah seorang kamu menginginkan kematian disebabkan dia tertimpa bencana. Andaipun ia tetap berkeinginan maka hendaklah ia mengucapkan: Ya Allah, hidupkanlah aku andai kehidupan itu baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagi ku.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

                Daripada kisah Maryam, kita tahu betapa Maryam seorang yang sangat penyabar bermula pada saat malaikat Jibril menyampaikan berita kepadanya akan kelahiran seorang bayi lelaki dari rahimnya sendiri. Setiap manusia ada batas kesabarannya dan Maryam sendiri hampir hilang kesabarannya pada saat hendak melahirkan bayi tersebut bersendirian. Di sini, kita dapat belajar maksud sabar. Sabar bukan bermaksud mendiamkan diri dan terima apa sahaja yang berlaku dalam hidup. Sabar bererti terima ketentuan Ilahi dan berusaha untuk menyelesaikan masalah serta memperbaiki kehidupan yang sedia ada.

                Oleh sebab itu, di saat Maryam dalam keadaan putus asa, Allah memujuk untuk berusaha mendapatkan buah kurma dengan menggoncangkan pokok kurma yang disandarnya walaupun dalam keadaan penat dan sakit setelah melahirkan Nabi Isa AS. Allah SWT sangat menghargai usaha Maryam untuk meneruskan hidup walaupun akan diuji dengan cemuhan dari masyarakat sekeliling. Konsep usaha ini membuatkan saya teringat akan hadis biji benih.

Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

                Daripada hadis di atas, apa yang dapat saya pelajari ialah dalam kehidupan kita, Allah SWT sentiasa mengukur sejauh mana usaha kita untuk meneruskan hidup dan hasil dari segala usaha yang kita lakukan hanyalah daripada Allah SWT. Daripada hadis ini, kita tahu yang kita tidak akan dapat menuai hasil dari menanam biji benih kurma tersebut pada keesokan harinya kerana hari kiamat dan mungkin kita akan merasa sia-sia menanam biji benih kurma tersebut. Oleh sebab itu, dalam setiap usaha yang kita lakukan, kita letakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Allah SWT dan hanya mengharapkan hasil yang baik daripadaNya.


                Akhir sekali, sebelum saya mula masak untuk makan tengah hari, lakukan yang terbaik setiap saat, setiap minit, setiap jam sekalipun kita tahu masa yang diambil untuk mendapatkan apa yang kita hajati mengambil masa yang lama atau mungkin langsung tiada apa-apa hasil dari usaha yang kita buat. Allah SWT memandang setiap langkah usaha kita dengan pandangan yang serius dan serahkan hasil, keputusan kepadaNya. That’s why He is God.

Saturday, December 23, 2017

Expectation from the Slave

Assalamualaikum wbt


       Year 2018 will be coming soon. What is your expectation for next year? You will start a new job? like me haha InsyaAllah. Well, how I wish I am 'rajin' enough to make a video like Aida Azlin or other inspiring vloggers to talk about this topic. I want to write down my idea about this topic because of an incident that happened to me in Japan recently that made me reflect myself about how far should I have expectation from someone or some circumstances. I choose to keep silence and not telling anyone about that incident but I did 'muhasabah' myself as I realized how I'm so lack of knowledge to put a right amount of expectation on someone or some cases.

       After asking Mr. Google, the word expectation means a belief that someone will or should achieve something. This word also means a strong belief that something will happen or be the case. 

       Last time during usrah, my Naqibah said that human beings are 'beggars' in this world. We keep asking for something and expect that we will always get what we ask from someone. For example, a wife ask for a Gucci handbag from her husband. So, she will expect that her husband will buy a Gucci handbag not a LV handbag for her. If not she will get upset because she did not expect a LV handbag at all. Diva sangat kan. My Naqibah said when we realized that we are just beggars in this world, we will not ask or expect anything from another person because he or she is also a beggar. Should I define beggar? No need lah.

       Her point here is we should keep less expectation towards other people because each one of us is so full of flaws (read my previous blog please) that it is so impossible for us to please others or other people to please us. That is why we should not put blame on other person when it comes to a mistake. Perhaps, that person is actually not capable enough but we put such high expectation to him/her. I give you one example, parents that blame their child for not achieving good result in examination. All parents expect the best from their child because they provide the best facilities for their child to live and study. So, they want the same in return. But unfortunately, things don't go well like they expected. They scold and blame that kid. And that kid also will blame himself. See, when we put too much expectation from someone, we will easily get hurt and that person also will get hurt too. Nobody win.

       So, our highest expectation should be given to the Mighty Allah S.W.T. Why? Because He is Al-Quddus, The Most Sacred. The one who is pure from any imperfection and clear from children and adversaries. Ask from Him, you can expect anything from Him.

       
"And when My slaves ask you (O Muhammad) concerning me, then (answer them), I am indeed near (to them by My knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me (without any mediator or intercessor). So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright." (2:186)

Have you ever noticed in the Quran, Allah always use the word 'My slaves' when He refers to muslimin. Like in Malaysia, we will give high respect and privileges to those people that have title Tan Sri or Datuk Sri right? Then, Allah gives His attention and privileges to His slaves, us, muslimin. The title 'slave' is actually the best title for a muslim as we give our highest expectation to Allah, He will never disappoint us.

"But Allah never fulfill my prayer till now."
"I wanted to further my study to German, but why He put me in Japan?"
"I hate my life, I never asked these bad things happen but why Allah do this to me?"

       Those dialogues are actually mine. Sorry. But I'm sure all of you at least face this kind of stuff once in your life right? One thing that we must bear in our mind, Allah is Al-Alim, The All-Knowing One. The Knowledgeable. The One nothing is absent from His knowledge. The way Allah plans our life and this universe is absolutely out of our control, out of our mind. I expect that study in German will make me be a better person but He knew that by sending me to Japan can help me to learn about His religion, my religion which is Islam in a wider perspective. That's why He is God.

       So, does Allah expect anything from us in return? No. But He likes His slaves to pray to Him, ask Him, beg Him and expect a lot of things from Him. He wants to see how far we depend on Him,  count on Him during difficulties and give all praise to Him during contentment. Before I end with my final full stop, it is okay to have any expectation from other people or any circumstance but prepare yourselves in case you get hurt because of the flaws in each one of us. And also please keep highest expectation to the Creator, Allah S.W.T. because even though things might change according to His plan, but He only plans the best to His slaves. 

My Grandmother’s Wish

        After my mother, the next strong woman that I know closely in my life is my grandmother and I call her as ‘Tok’. I still remember ...